Friday, July 13, 2012

Terjaga Dari Mimpi Yang Panjang


Sepanjang malam, aku tak dapat lelapkan mata. Walaupun rasa mengantuk menguasai diri, tanpa aku sedari dah berjam lamanya aku lelapkan mata tapi otak aku masih terus bekerja dan berfikir. Macam-macam yang aku fikirkan tentang kehidupan dan perasaan, yang datang dalam pelbagai bentuk yang mengerikan sehingga akhirnya aku terdengar azan yang berkumandang sayup..Aku tersedar dari mimpi yang panjang..

Ada satu benda yang hilang dalam diri aku..aku tak sedar dalam rasa keseorangan dalam hidup dan dalam masalah yang aku hadapi, aku ada Allah.. Ya..aku ada Allah..Aku tak perlu mengharapkan dan bergantung hidup terus kepada orang disekeliling aku, sedangkan ada Allah yang sentiasa ada disisi aku yang takkan pernah minta balasan dan tak pernah menyakiti..

Aku tidak akan terus bermimpi ngeri, sebab terjaga lebih ada nikmatnya..Subhanallah..

Wednesday, July 11, 2012

Wanna Go As Far As Can From This World....

Sejak kebelakangan ni hidup aku rasa tak tenang,serabut,tension dan tiba-tiba je rasa nak menangis. Aku pun tak faham kenapa? Dulu aku rasa hidup aku teratur dan boleh lagi tersenyum tapi sekarang ni rasa senyuman aku dan benda yang aku buat tak bernilai pun..

Macam2 benda terjadi dalam hidup aku lately..purse hilang kena curi, benda yang aku rasa paling tertekan sebab semua benda dalam purse aku termasuk ic,kad ATM aku semua dah tak ada. Sekarang ni aku memang jadi pendatang asing lah kan..So hidup aku bila semua benda ni tak de memang sangat menyusahkan...yang paling buat aku sedih kad ATM aku lah..macam nak gila bila benda ni tak de sebab aku tak bole nak keluarkan duit..Nak buat kad bank baru pulak kena ic baru..macam mana nak buat kalau aku dah hilangkan report polis tu dan aku sekarang ni tak ade masa sebab busy dengan final exam..Damn..aku ni memang sangat cuai..

Keduanya..Dulu aku rasa rumah sewa aku ni adalah tempat aku lepaskan stress aku bila aku penat study and bila aku ada masalah. Kitorang dah macam adik beradik tak ada rahsia dan happy je..kalau krisis pun sekejap je lepas tu baik semula tapi sekarang ni empty and kosong..nothing....rumah ni dah sunyi gila dah tak ada serinya. Semua orang buat hal masing-masing..tension doh..Aku nak korang yang dulu..rindu gila. Ingat tak dulu bila kita stress exam kita still ada masa nak gelak2, rakam video, outing tapi sekarang ni semua tu dah tak de..Aku tak biasa macam ni , aku faham korang ada masalah sendiri tapi !kenapa aku jadi mangsa aku dah penat nak faham semua orang, Kalu korang rasa ego tu lagi tinggi and penting teruskanlah..Nothing to say...

Sorry lah kalau ada yang terasa dengan apa yang aku tulis ni..Kat sini je lah tempat aku nak luahkan perasaan aku...Aku bukan nak simpati tapi nak kan perhatian korang..P/S rasa sakit ni kat dalam memang tak nampak..