Friday, September 20, 2013

Aku kagum dengan orang istimewa.


Masuk hari ni dah hampir sebulan  aku kerja dekat Lotus Resort ni, kucar kacir juga lah aku nak sesuaikan diri dengan environment dan pekerjaan baru maklumlah sebelum ni aku takde apa2 pengalaman kerja pun. Hidup dekat sini memang sangat berbeza dari zaman study dulu, aku kena berdikari sendiri nak tuntut ilmu dari senior2..alhamdulillah nasib mereka semua ok. Aku ditempatkan dalam reservation department.
Dekat sini aku sebilik dengan Dewi dia ni macam adik aku, kami jumpa masa interview dan terus jadi rapat. Aku nak cerita yang aku ada ramai kawan yang istimewa (orang kelainan upaya) Kak Dayah, Uncle Rudi, Simpson, Leha dan Tana.  Aku kagum dengan mereka, even tak nampak tapi mereka kuat teruskan hidup , happy tak merungut..aku tersedar yang aku selalu merungut dengan diri aku, kehidupan aku lupa dan selalu lupa  nak bersyukur. Yang paling aku kagum adalah dengan Kak Dayah dia start tak nampak masa umur 23 tahun, sebab effect konteks Lens..dia selamba jek cerita dengan aku yang selama dia nampak tak pernah pula dia nak keluar Johor, tapi bila dah jadi macam ni baru dapat keluar pergi Pulau Pinang sambung belajar. Bayangkan selama 23 tahun ni kita tengok mak dan ayah, tengok sekeliling tapi tiba2 jek suatu hari kita bangun dan kita nampak gelap jek..mesti sedih sangat masa tu, tapi dia kuat..aku hanya mampu tolong apa yang boleh dan aku doakan supaya Allah per mudahkan urusan dia dunia dan akhirat.
Aku berjanji pada diri aku mulai hari ni aku takkan merungut dengan apa yang aku ada sesungguhnya ada orang yang lagi susah dan menderita dari kita yang cukup nikmat Allah berikan.

Saturday, August 24, 2013

Keluar dari dunia seorang pelajar..


Alhamdulillah aku dah habis belajar dan tak lama lagi aku akan menggenggam segulung ijazah yang  aku idam-idamkan selama ni, Bachelor of degree in tourism management. Walaupun result aku taklah segah mana kalau nak dibandingkan dengan rakan seperjuangan lain tapi aku reda, aku tak rasa bersalah sangat sebab aku dah berusaha sedaya upaya aku, stay up sampai tengah2 malam nak hafal satu buku.
Sesungguhnya.. Selama 5 tahun di bumi Melaka ni, buat aku sebak nak melangkah  pergi, macam-macam memori pahit manis yang aku lalui dari aku terkejar-kejar nak biasakan  diri dengan alam Universiti sampailah aku dah boleh berlari dan berada kat sini. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ada dengan aku waktu aku susah dan senang kat bumi Melaka ni, Sahabat seperjuangan dan pensyarah2 yang tak pernah lokek dengan ilmu n kita dah macam 1 family besar HM221 6B , korang memang best! Hope nanti kita jumpa masa konvo and good luck tau..
Selamat tinggal UiTM, selamat tinggal Kg Morten, River Side aku mesti rindu nak lepak2 lagi. Paling banyak memori dekat River Side kat sini lah aku sambut Birthday yang ke- 22, lepak baca buku sampai lewat pagi, sambut New Year, release tension sorang2, jogging, lepak makan aiskrim dan kat sini jugaklah purse aku kena curi..hahaha
Kat sini aku nak cakap yang aku dah jumpa sahabat baik yang ada dengan aku time susah dan senang. Terima kasih korang jangan lupakan aku tau, even kita jauh dan tak selalu contact tapi jauh di sudut hati ni selalu ingat kat korang, kalau dulu kita selalu pegi mana2 sama2 dah macam adik-beradik tapi sekarang ni aku kena buat semua benda sorang2 yup! aku kena berdikari dah tak boleh nak harapkan korang teman aku lagi, or bawak aku naik tenggiling korang lagi. Minta maaf kalau aku ada buat korang kecil hati, kadang2 aku tak sedar dengan apa yang aku buat, tapi sekarang ni baru aku sedar yang kita kena appreciate semua orang yang ada dengan kita, nanti bila dia dah tak ada, kita akan rasa kehilangan trust me!! aku dah rasa benda ni.
Ok, sekarang ni aku nak prepare untuk interview kerja,  kebanyakan company yang panggil aku untuk interview memang bagi soalan yang  mencabar..hurm,   betullah apa yang pensyarah aku kata duduk universiti bukan setakat menghadap buku nak jawab exam tapi kena aktif juga dengan persatuan bak kata GM dekat satu hotel yang aku interview student kena bersosial  baru tak malu nak jumpa orang. Sememangnya gopoh gapah dengan aku tak boleh dipisahkan bayangkan first interview aku orang tu siap tegur aku bila aku macam tak cukup nafas, macam dikejar anjing hahaha~ but I got the job. Insyallah aku akan berusaha, buat yang terbaik walaupun position aku taklah segah dan gaji pun taklah mahal tapi aku happy. Bermula dari bawah apa salahnya sedangkan GM dulu pun just seorang pekebun.
 
Good Luck In Your Life..

Sunday, February 24, 2013

Sahabat sampai mati


Sahabat,
Aku rindu detik-detik kita bersahabat baik,
Sekarang pun tetap baik,
Tapi tak sama seperti dulu,
Mungkin masa telah berubah dan beranjak,
Mungkin usia merubah untuk kita jadi lebih matang,

Aku,
Bila berseorangan terbayang-terbayang memori sahabat,
Tersenyum sorang-sorang macam kerang busuk,
Agh, aku sangat ikhlas dalam bersahabat,
Aku rindu kenangan bersahabat baik,

Memori sahabat,
Belajar sama-sama sampai lewat malam,
Berjoging sama-sama sampai keletihan,
Berceloteh sampai tak tahu nak cakap apa,
Bergaduh fasal benda-benda kecil,

Sahabat,
Aku rindu detik bersahabat baik,
Aku tak pernah lupa,
Kita sahabat sampai mati,
Sebab aku ikhlas menganggap kau sahabat 

p/s : Tuhan jagakan dia, sebab dia sahabat ku.