Tuesday, June 16, 2015

Pulau Tioman : Selagi Ada Oksigen 2015

meyh sini aku nak update trip family 2015 ke Pulau Tioman. Sempena cuti sekolah hari tu kitorg plan mengejut pergi pulau ni sebab nak bawa anak saudara aku berjalan sambil2 release tension kerja yang menggunung.  So aku nak share sikit tips2 kalau korang plan nak pegi sini. Kita start dengan:


  1. Transportation : ok nak pergi sini aku prefer naik ferry . Aku suggest korang beli tiket ferry online sbb mudah n no risk so plan awal2 kan senang. Korang boleh beli disini http://www.tiomanisland.com.my/tioman-island-ferry-ticket/book-cheap-tioman-ferry-ticket.php. Harga tiket untuk children rm 60.00 & Adult rm 70.00 (2 way) harga ni tak termasuk taman laut rm 5 children & warga emas, Adult rm 10.00. Korang wajib kena ada 1 jam dari departure time sbb korang kena collect tiket, daftar nama, beli tiket taman laut & collect boarding pass semua ni kena buat step by step, memang leceh sikit. Kitorang naik bluewater, korang boleh guna debit card atau credit card untuk booking, lepas confirmation next day korang akan dapat confirmation via email so lepas tu korang boleh reply nak departure and arrival time pukul berapa, email confirmation tu akan stateda dengan siapa korang kena collect tiket, so boleh call no phone provided.
  2. Accomodation : Kitorang menginap dekat Salang , lokasi ni paling last sekali ferry berhenti so jauh sikit compare dengan tempat lain estimate journey dalam 2 jam lah. Korang tak payah risau sbb masa collect tiket diorang akan provide maps so diorang akan explain bila korang kena turun, ferry akan stop dekat genting dulu korang kenalah tnya orang kat dalam ferry tu sbb xde announcement pun korg dah smpai kat mana, kena tgk lah papan tanda kalau ade..kitorg pun time tu terpinga2 jugaklah nasib ade family sama tempat so senanglah sbb dia dah banyak kali pergi salang. Kitorg stay dekat salang sayang resort. Salang ni tempat dia hapenings compare tempat lain, kalau nak stay bandar korg boleh pegi tekek, tempat kitorg stay ni kampung jek..so kena withdraw duit siap2 xde atm machine. Kalau pergi Salang aku prefer korang stay kat Salang Indah memang tip top, 2nd choice boleh stay Salang Sayang. Kalau nak tgh price range boleh pergi official website ek. Time kitorang pegi ni cuti sekolah memang most of chalet penuh so masa tu yg tinggal salang sayang fan room semalam rm 100 hari biasa lagi murah.
  3. Attaraction : Main aktiviti dekat sini Snorkeling, Scuba, Jungle Tracking. Korang boleh pilih pakej mana yang korang nak  kalau snorkeling price range dalam 70.00 tp kalau pergi salang ada satu tempat ni betul2 sebelah salang sayang reception office dia punye pakej murah rm 65.00 jek untuk 4 tempat include snorkeling set. Kalau dekat Salang korang boleh jek snorkeling tepi pantai sebab air dia memang jernih boleh nampak ikan so kalau nak beli set snorkeling rm 15.00 jek 1 day, Kalau untuk children sesuailah sangat. Scuba diving ada jugak tapi yang ni aku tak survey plak sebab aku x ada lesen scuba. Jungle tracking pun pakej x silap termasuk dengan snorkeling, korang boleh tanya kat kaunter.
  4. Food : Makan dekat sini memang mahal kalau korang xpandai survey. Aku nasihatkan korang jangan makan dekat Salang Sayang restoran memang mahal, byagkan air teh o ais 5.00, berasap sekejap hahaha..So dah tau mahal hari kedua kitorg makan kat foodcourt salang, ade kedai makan nora ok lah not bad harga masih lagi berpatutan nasi paprik dalam 7 ringgit lebih. Lagi satu dekat Salang Indah restoran yg ni pun ok..so dua tempat korang pergi makanan not bad, tak lah sedap sangat tapi boleh telan lagi lah. Dekat sini banyak kedai jual makanan ringan mcm maggie, roti, air kotak tapi memang mahal lah, so boleh beli siap2 dari jetty mersing.  
Kitorang pergi bukan under package sbb memang last minute plan, klau nak pergi under package lagi better sbb diorang include hotel, food n attarction sekali. Kalau rasa nak berjimat boleh buat package korang sendiri so boleh budget time & duit korang. So yang aku list kat atas tu mmg basic yang korang kena tahu,  Aku higliht benda yang korang tak dapat kalau korang x experience. korang boleh cari info dengan review blog2 lain k.
 Lagi satu, time lepak minum petang ada terjumpa pak cik ni dia berniaga dekat Salang, dia cakap lain kali naik ferry dari Tanjung Gemuk sebab just rm 5.00 jek untuk taman laut punye fee, so lagi murah. Kitorang xtau dah naik dari jetty Mersing so bayar rm 10.00, so mybe korang boleh survey mcm mana nak naik dr Tg Gemuk kot.
Pulau tioman memang the best air dia jernih, hijau..memang tenang. Kalau korang nak tahu pulau tioman ni antara 10 pulau tercantik macam krabi jgak. Jom tengok  sikit gambar bawah ni :



Jernih sangat air laut dia. Agungnya kuasa tuhan.



Snorkeling Dekat Salang


Belakang tu chalet terapung Salang Indah 

Salang Sayang View




                           Me and family







SiUnique : Melancong bukan just for happy tapi juga untuk melihat kebesaran ciptaan Allah. Semoga selamat perjalanan pergi dan balik. :)