Sunday, November 7, 2010

CARI KETENANGAN

Kat bawah ni tempat yg aku rasa boleh buat aku tenang kot..nak cari ketenangan punya pasal.:)

cantik kan..kat Malaysia ada ke tempat macam ni..ciptaan tuhan yang menakjubkan..




macam lukisan kan..kan best kalau dapat berkayak ataupun berenang kat tengah tasik tu...tiba2 kena ngap ngan buaya hahaha


tempat ni lagi tenang aku rasa dikelilingi oleh padang pasir( boleh mati beb aku)



Ni tempat yang paling sesuai untuk menenangkan diri ..insyaalah satu hari nanti aku nak bawa mak dan abah pergi ..


pernah tak korang terfikir untuk lari dari semua masalah, orang disekeliling yang buat korang sakit hati, kerja, asigment yang berlambak, orang yang hipokrit dan segala dosa yang membelenggu diri..sebenarnya bila bersendiri aku selalu dibayangi cerita yang lalu..( dosa dan benda yang buat aku rasa sakit hati)... So sekarang ni aku rasa nak lari dari semua ni dan cari ketenangan tapi kat mana ek??( mesti korang cakap mati lah kalau nak cari ketenangan..hahaha gurau je lah..mati pun tak semestinya tenang kalau banyak dosa dah tentu kena siksakan ( itu semua Allah punya kuasa so kita kat dunia ni buat je amalan dan suruhan dia & jauhkan daripada perbuatan yg dilarang)..

Korang rasa ada tak tempat yang tinggi dan dikelilingi oleh air terjun dan bunga2 yang mekar dan wangi..best nya...lepas tu aku sorang je ade kat situ..aku boleh buat apa2 je..apa kata orang DUNIA INI AKU YANG PUNYA hahahaha( ketawa jahat..beb)
aku tak tahu apa yg aku merepek ni sebenarnya..masa ni aku tengah study n habiskan satu buku tebal yang aku rasa macam nak rebus n minum je air dia( petua dari kawan2 aku yang gila) ok lah ni je yg mampu aku merepek sebab aku dah habiskan masa untuk diri sendiri lama sangat ni..wish me luck ok:)




Saturday, November 6, 2010

CIRI CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU


Hai readers..Betulkah cinta itu buta? sy ada baca satu laman web ni..tentang cinta. Walaupun saya tak begitu arif dalam soal cinta ni..tapi sy nak kongsi dengan readers semua..supaya korang bahagia dengan lovers korang k>>( jiwang je ayat ni kan??)

1.orang yg korang cintai tak mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu?

2.walaupun kamu rasa kamu ni tak cantik atau tak hensem ( ala2 ugly betty) pada pandangan dia kamu cantik dan kacak..

3.orang yg kamu cintai ingin sentiasa tahu tentang khabar kamu.

4. kalau ambik gambar kelas pulak, dia akan tengok gambar orang yg berdiri di sebelah kamu..n than baru gambar dia..

5.selalu mengingati kejadian yang dilalui bersama..( so senyuman kamu mampu m;buat dia tak tidur lena beb...)

6. Dia akan berdiam diri apabila rasa marah, atau pun sedih kerana dia cuba untuk tidak buat kamu risau..

7. Dia selalu mengingati kata2 yg kamu ucapkan( so hai..itu adalah satu ungkapan yang bermakna untuknya)..

8. Dia selalu memberi kamu semangat..cth wish good luck semasa kamu menghadapi exam..

9. Terdiam sesaat bila kamu call dia dan buat slumber..tapi lepas kamu letak fon dia akan
menjerit keriangan..

Ini aja yg mampu aku tulis tuk hari ni..sebenarnya cinta itu indah..so bagi sesiapa yang tengah ber couple..cubalah fahami mereka.

bagi yang dilamun cinta tetapi tidak mampu untuk ungkapkan..sabark..sebab ada satu firman mengatakan..seseorang itu akan mati syahit jika hhingg ke akhir nyawanya ia masih menyimpan perasaan dan tidak mengungkapkan kepada si dia ( bukan mudah untuk menahan nafsu dan sakit di hati kan.)

bagi yang dicintai oleh seseorang tapi kamu tidak mencintainya..janganlah buat mereka terseksa, mengeji ataupun pulaukan mereka..sebab mereka tak pernah berharap untuk kamu membalas cintanya tapi cukuplah sekadar kamu berada disampingnya sebagai kawan..sebab setiap orang layak untuk ada perasaan cinta,,..:)





Friday, November 5, 2010

SAYA SAKIT

hai readers..for this entry sy nak membuat luahan hati dan perasaan tentang berapa sakitnya saya rasa sekarang..sakitnya saya sampai tak lalu nak makan, tidur tak lena, senyuman hilang n macam2 lah..sy dah jumpa dr ..sedih sangat nak cite:

sy: doktor apa penyakit saya?
dr: setelah hasil pemeriksaan sy..emmmm
sy: teruskan dr sy sedia nak dengar..walaupun sy tahu ia pahit..
dr: sebenarnya awak menghidap..penyakit yg selalu student dapat..
SY; maksud dr?
dr:dia datang ikut musim..akhir sem..
sy: i dont understand..
dr: awak akan dapat simptom.mcm tak lau nak makan, tidur tak lena, muka serius memanjang
dan tak terurus..
sy: sy ada semua symptom2 tu..
dr: so..sy dapati awak menghidap penyakit EXAM SICKNESS..( lu kena beb.....:)

hahaha lu kena beb..sy nak cakap sy sakit dengan buku yang menimbun dan nota yang berhelai2...sy tahu korang pun rasa sama kan..sy pernah lah ada cita2 nak create one technology yang boleh scan semua nota n masukkan dalam otak ni..n than during exam just clik..macam guna LCD masa presentaion hehehe..



buku sy berselerak..buku yg kecil tu ..buku law..kecik2 cili api tau..walaupun kecik berhari2 juga
lah nak khatam..



ni pula ubat minda kan..baru nak makan time exam.yg botol besar tu kismis minda( makan 21 biji n jangan lupa selawat tau..) yg lagi satu tu Mindatif nak cergaskan otaklah ..( sy makan je nak sedapkan hati;)



Air Nescafe jangan lupa( dengan harapan nak stay up lah kan..tapi habis satu cawan terus belayar)





Thursday, October 28, 2010

WARKAH UNTUK SAHABAT







SEMALAM

semalam..kita masih bersama, ketawa bersama, bergaduh bersama,
makan bersama, belajar bersama, melancong bersama, berhari raya bersama
tidur bersama and bergosip bersama ( berapa banyak bersamalah..)

HARI INI

hari ini kita masih bersama, tapi tak sama macam semalam..
kita sekarang sama2 menyiapkan diri untuk bertempur dalam satu medan
yang menentukan masa depan kita,
kita semua busy study dan menghadap buku ( bukan muka buku ye...)
hari ini menentukan sama ada apa yang kita belajar selama satu sem
tu...masih ada dalam kepala atau tidak, sama ada segala assigment
yang kita buat macam nak pengsan ( tak tidur malam..maybe)
membantu atau tidak...

ESOK

esok...tak tau lagi apa akan berlaku..
tapi yang pastinya kita tidak lagi bersama menempuhi hidup ini...
Semua orang akan membawa haluan masing2
dengan satu matlamat untuk mencapai kejayaan yang tinggi di awan..

SATU JE..
satu je nak pesan supaya jaga diri baik2 sebab kita jauh..
satu je nak pesan jangan lupakan kami sebab kau jauh...
satu je nak cakap belajar baik2 sebab kita tak belajar sama2 lagi..
satu je nak cakap jangan kedekut kredit ..sebab contact lah kita orang
sebab saya akan rindu kat korang nanti..:)

UNTUK
zika, yana, lin, nas,iza, fara shiro, ema, mariam, dina, nur kasih
, umi, mun ,kak zu, zuhaili. daus, zul dan rishard..best sangat kawan
ngan korang..( ayat membodek) so lepas ni nak pesan hidup baik2 k sebab
saya dah penat nak tulis ni...so good luk for final exam and your practical training..











ya Allah tolong lah aku...

kuatkan aku tuk study..
kenapa malas sangat diri ni..
tinggal berapa hari je lagi ni..
iema boleh tak jangan main..

tapi

kenapa kawan kawan aku relaks je...
cam tak de perasaan je...
boleh tak jangan psyco aku..
jom lah study sama2..

bosan

bosanlah study sorang2..
please..
yana,iza,fara,yana yonet,zika,lyn,asta mixa


Monday, September 27, 2010

Maaf ye kepada kawan2 semua..semalam tak sempat nak tulis stoty tentang korang..aku rasa macam dah jadi agent pencari jodoh pulak ni..hahaha..promote korang. So after this tak payah nak touching, sakit hati , merajuk nak terjun banggunan k n something like that lah..malas nak cite panjang2 layan je lah k..:)




Gambar perempuan yang budget pencinta alam n sayangkan haiwan ni namanya izzah syafiqah.( walaupun semua orang tahu dia ni kejam terhadap haiwan..) Untuk pengetahuan semua dia ni merangkap bendahari 2 tahun berturut2..kira orang yg dipercayai untuk memegang duit lah ni..so benda yang berkaitan budget rumah atau fakulti dia punya tugas lah..siap2 satu hari nanti belanjawan negara dia yang buat...hahaha. Dia ni seorang yang kuat makan( nampak je badan kecik) pernah satu hari dia ajak aku keluar pukul 1.00 pagi cari burger( nasib jumpa). Dia ni juga ada satu kelemahan iaitu takut dengan binatang especially haiwan( kucing pada pandangan dia macam raksaksa berbulu lah).So jangan cuba nak acah dia dengan kucing silap2 dia akan lari mengalahkan pelari pecut marathon( kira boleh menanglah mengelilingi lautan atlantik). Untuk lelaki2 yang hensem dan perasan diri dia kacak..berhati-hati dengan mata tajam dia..yang mempunyai satu kelebihan untuk menghidu bau korang dari jarak yang jauh..so be careful..:)



sekarang giliran cik nasuha kita atau nama FB dia Asta Mixa. Dia ni kira ada bakat seni jugaklah antara kami berenam tapi tak boleh chalenge cik ima ni.Kalau korang semua nak tahu dia ni penyanyi hard core yang memang tidak asing lagi dalam industri seni rumah beralamat 1096 taman intekma. Sape je yang tak kenal dia ni, awie pun kalah tau. Ramai jugak lah penyanyi HARDCORE yang dia kenal ( kenal melalui tv or magazine je lah...) bila spirit HARDCORE tu masuk dalam badan dia...... boleh bergegar Taman Intekma ni dengan suara dia yang ala-ala singa tercabut ekor tu( jangan marah..ini kutukan membina). Walaupun dia minat dengan music yg entah ape ni ( banyak kali nak menghayati...tapi memang aku surrender lah sebab tak faham .) Dia ni suka kan haiwan tau antaranya SCORPION( tak tahu lah tang mana haiwan ni nampak comel..scary ) dan menjadi mama angkat kepada Seekor tupai bernama CINDY( rindu gila kat cindy..) conclusion nya perangai dia ni memang susah nak difahami..so wish u luck lah cik Nasuha.



Muka yang bercahaya ( mungkin dia ni lahir bulan mengambang kot...) di atas ni namanya Zika
dia ni kira pilot lah di antara kami sebab dia amat baik hati bawa kitorang naik tenggiling dia pergi kelas ( nak cyum cikit muah3).Dia ni satu bilik dengan liyana ishak, mungkin di sebabkan ini dia mendapat penyakit berjangkit yang tiada penawar , bukan AIDS tau.... tapi fanatik terhadap cerita korea dan jepun. Antara lelaki yang dia rasa hensem lah kan kat dunia ni . apa tu nama dia horo..hoho..ops jangan mare hehehe nama dia HERO( bukan hero remaja tau..tapi hero penyanyi dan pelakon Korea( adelah berlakon dalam beberapa drama sebagai watak tambahan je...). Untuk penetahuan korang dia baru je menyambut hari lahir ke 20 ( Happy birthday to you3x........)satu tabiat dia yang aku geram sangat dan buat aku frust setiap pagi ( walaupun aku rasa pagi adelah satu permulaan yang baik tapi tidak bagi aku....) dia ni memang susah nak bangun pagi..aku rasa kalau bom meletup kat sebelah dia pun ...still tak dengar...so jsm lonceng yg aku hadiah kan dengan harapan dapat bangunkan dia..memang tak de function pun...( tapi takpe nanti praktikal ko mesti rindukan aku hahahah.)




Yang terakhir sekali..adelah seorang perempuan yang sentiasa buat aku frust menonggeng...sebab dia ni suka bercakar ngan aku tak kira siang dan malam( dia cakar aku, aku cakar dia balik..ambik kau rasakan penangan cik ima kita....) nama dia yana atau nama popular dia CHIPSMARE ( kenapa aku panggil dia chipsmore tanyalah tuan punya badan ok:) Dan malangnya aku akan jumpa dengan dia sem depan sebab dia praktikal sama tempat ngan aku.wawawawa..Apa apa pun dia ni kira happy sepanjang masa dan buat aku rasa macam nak terjun laut...tak de lah dia ni buat aku rasa happy sepanjang masa...walaupun kekadang sakit hati jugaklah..tapi kalau tak de dia sunyi pulak hehehe( malulah nak ngaku, ,,:) Jom beralih kepada benda yang dia tak suka 1) jangan persoalkan tahi lalat yang ade kat hidung dia ( tak pasal2 kena belasah ngan dia, tapi aku buat je....) 2) jangan sesekali picit hidung dia,,sebab kat situ ada benda yang pentin..tapi kalau nak buat gak tunggu dia tidur.3) dia ni bersiap memang lambat..boleh berjanggutlah..tunggu dia...:)
ok lah ni je yang mampu aku tulis...kalau nak cite pasal korang memang tak habis lah..so kepada sesipa nak kenal ngan diorang ni..kena kasi aku RM 10000000 ( gurau je lah..tanya tuan punya badan k) lepas ni korang kena belanja aku makan tau..sebab menghabiskan masa aku yg berharga ni untuk promote korang..so jangan terasa hati..kalau nak gak terjun je sungai LENDU tu k....












CERITA HOUSEMATE


Assalamualikum semua...hope semua orang sihat masa baca post blog kali ini..tetapi tak tau lah kalau lepas ni korang kena serangan heart attack sebab kali ni aku tulis tentang cerita housemate aku yang tersayang..nak kiss sikit( muah3). Sebenarnya aku tak terfikir pun nak tulis pasal diorang ni tapi sebab diorang dah merayu2..sampai meleleh air mata..tak sampai hati pulak..( gurau je lah..memang nak tulis pasal diorang pun..sebab diorang semua baik2 hahaha)

so kita mulakan dengan roommate aku yang nakal ni





perkenalkan..ratu shoping kita..Norfarahida Hamizan atau nama manja dia DADA..kenape nama dia dada? em tak taulah tanya lah tuan punya badan sendiri k>:) dia ni memang suka shoping..so kalau nak outing dengan dia pastikan anda 1) memakai kasut flat. kalau boleh selipar jepun je( sebab anda akan sakit kaki silap2 tumit patah sebab dia akan masuk 3/4 kedai yg ade kat shoping mall tu..) 2) pastikan anda seorang yg suka melawat toilet( tak kisah lah untuk tujuan ape?), 3) pastikan anda mempunyai daya ketahanan untuk berdiri lama sebab dia akan menghabiskan masa yang lama untuk memilih barang). Untuk pengetahuan dia pun ade BLOG..www.cutiespinky.blogspot.com( lupa pulak dia ni suka pink tau...)


Perkenalkan yang comel n lagi cuit ni namanya nur liyana Ishak( lepas ni belanja ima aiskrim ok). kalau korang semua nak tahu,,dia ni pernah menggondol gelaran RATU CANTIK DANG ANUM kira macam mis world gak lah..hehehe. Dia ni peminat fanatik cerita, lagu n macam2 lagilah yang berkaitan dengan Korea dan Jepun kecuali jamban2 kat jepun n korea lah. Kalau tak silap ade satu nama ni yang buatkan dia mandi tak kenyang, makan tak basah( kira teruklah ni..) MICKY( tulisan basar sebab nama keramat bagi dia). Korang jangan cuba nak mengumpat atau mengkeji MICKY nati tak pasal kena tendang keluar dari rumah. piuw..tengok2 sampai ke Madagascar. Kalau kat rumah tak dengar suara dia menjerit memang tak sah( kalau nak nikah memang tak sah lah). Dia ia ni kira pemurah gaklah selepas aku..da adalah kapten roket tau siap ade bintang so jangan main2.

Actually banyak lagi pasal diorang ni yang buat aku tak kering gusi,,semua gila2. so after this ade lagi 5 tempat kosong. Tak sempat nak cite..lepas ni aku tulis kisah korang pulak ye..so enjoy this post:)