Friday, August 20, 2010

Afamosa Resort



Alhamdulillah syukur aku telah mendapat tempat untuk menjalani praktikal di AFAMOSA RESORT Melaka. Setelah puas mencari nampaknya rezeki aku disini.Sebenarnya Afamosa bukan pilihan hatiku tapi kerana beberapa sebab aku terpaksa menghantar resume aku kesana. Aku dan 3 orang rakan lagi berjaya terpilih untuk menjalani peraktikal disana, aku, yana , faisal dan wan faiz. Aku ditempatkan di bawah Admin department...hahaha rasa ragu2 boleh ke aku survive kat department tu nanti. Hatiku bertanya apa tugas aku? dan macam mana bos aku nanti. Walau bagaimanapun aku akan buat yang terbaik dan mempraktikkan apa yang aku belajar di UiTM selama 2 tahun setengah. Aku berharap aku dapat melakukan yang terbaik dan sabar serta tidak berputus asa menghadapi cabaran. Tak kisah lah ape orang lain cakap asalkan aku dapat keputusan yang baik dan pengalaman yang takkan aku dapat sebelum ini. Doakan agar aku berjaya di sana nanti.

Saturday, July 10, 2010













MINGGU DESTINI SISWA

Dah seminggu minggu destini siswa berakhir dan sudah seminggu aku menjalani kehidupan sebagai pelajar dengar letchure and buat asigment.Semester ni aku terpilih untuk menjadi
pembantu destini siswa(pm).Aku buat semua ni dengan ikhlas dan nak dapatkan pengalaman sebelum aku melangkah keluar dari UITM, rasa macam baru semalam aku kena induct dan jadi budak part 1.
Minggu destini siswa ni adalah mingu yang memenatkan...mana tak kena arange 2000 lebih pelajar.Fuh...tak cukup tidur dan rehat.Sebelum aku dan others PM kena pergi kursus kat Asahan,,,best sangat sebab dapat jumpa ramai kawan dan penat sikit sebab panjat gunung ledang...kursus ni berjalan selama 3 hari...selepas tu balik UITM n buat persedian untuk pendaftaran.

Aku ditempatkan dalam biro kebajikan dan kesihatan...best sebab dapat team yg mantap dan happening...rasa macam dah lama kenal he2. Kerja ni bukan mudah seperti yg disangka pelajar2 ni banyak sangat kerenah dia sikit2 sakit, melecet n macam2 cara untuk escape from the aktiviti..geram gak tapi aku kena sabar dan profesional n tunjuk contoh yg baik..
so dapat pengalaman yg menarik dan best harap pelajar2 tu dapat survive hidup dekat universiti yg memang mencabar...





Saturday, April 24, 2010


GENAP 20

nombor 20 nombor yang paling ditakuti oleh remaja belasan tahun sebab dah tambah puluh kat belakang...tapi memang kena hadapi gak takkan nak muda selama lamanya.Hidup pun dah semakin berubah kena jadi matang tapi nak matang dan lebih berdikari.Tahun ni takde sambutan yang meriah cuma ramai juga rakan rakan yang tak ketinggalan mengucapkan happy birthday guna facebook lah mesej and call.Sebenarnya aku kena bertempur dengan kertas peperiksaan masa birthday aku tapi takpelah aku bukannya budak kecil yg meinta dibelikan kek.Tak lupa nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada ibu tercinta semoga panjang umur dan sentiasa tambil cantik hehehe.


Semalam aku kena tangkap dengan kawan kawan aku kena simbah dengan air dan tepung..dah boleh jadi macam tepung gomak cuma aku ni comel sikitlah hahhaa.Nak dijadikan cerita aktiviti simbah tepung ni untuk junior aku birthaday dia semalam.tapi aku pun turut terkena alasan dioran sebab aku terlepas masa birthday aku 21 hari tu..Yang kelakarnya aku pun terlibat dalam merancang strategi tu..tup tup aku yg kena sekali.Pas tu mulalah nak wat muka merajuk tak pasal pasal kak ira kena pujuk heheheh sajaje nak wat suspen hahaha.


moral of the story jangan mudah percaya dan nak buat jahat kat orang nati dapat balasan tau..

Tuesday, April 6, 2010

PROGRAM HOMESTAY









Gambar ini diambil di bangguris homestay sepang.Kami pergi under subject tour planning...enjoy sangat sebab dapat keluarga angkat yang baik dan paling best masakan dia sedap sangat...

Bermacam aktiviti yang kami lakukan contohnya pergi ladang memproses kopi,kilang kerepek,memancing ikan dan paling best malam kebudayaan...Bila dah bersama2 ngan my friends i felt so closely and macam one family he3.

Sunday, April 4, 2010

DTM KARNIVAL






Pada 22 dan 23 Mac yang lepas telah berlansung DTM(Diploma in tourism management) karnival di tempat letak kereta pentadbiran uitm Melaka.Dengan berakhirnya karnival ni kurang sikit beban kat bahu ni.
Untuk pengetahuan pembaca karnival ini adalah di bawah kelolaan semua pelajar2 pengurusan hotel& pelancongan.Terdapat beberapa pameran yang berlansung dua hari tu antaranya pemeran E tourism, kebudayaan, satu malaysia, jualan package pelancongan, geographi dan ade beberapa gerai menjual makanan termaksuklah mc donald.
Perasmian bermula pada 8.30 dan adalah beberapa pensyarah dan wakil dari HEP.sambutan pada karnival tidaklah begitu meriah mungkin kerana kedudukannya yg tak strategik dan faktor cuaca.Tetapi ia menjadi kayu ukur dan pengajaran kepada kami untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.
Pada hari kedua terdapat beberapa kejadian yang memebuat kitorang rasa putus semangat.Hujun lebat yang berlaku menyebabkan segala pameran,Khemah rosak teruk.Mlam tu jugak kitorang bersama sama betulkan ape yang rosak dan pagi ru memeng datang awal untuk siaplkan sebelunm pengunjung datang.Sebenarnya ada hikmah gak semua ni terjadi kami dapat mengeratkan persahabatan kami dan aku bangga dapat team yang begitu bertanggungjawab.
Lega semua dah selesai tapi aku ade lagi satu tugas yang perlu disiapkan segera, report dtm kanival...tapi takpe itu jadi tugas aku sebagai setiausaha..sebenarnya masa aku tulis ni aku tengah siapkan report..ee curi tulang cikit..so <<>>

Sunday, March 7, 2010



IPOH MARI..





Minggu lepas aku and the geng pegi ipoh perak selama 4 hari..aku bertolak pada hari khamis dan jam 10 malam dan sampai jam 2 pagi..macam nak tulis report pulak..he3.Tujuan pergi ipoh ni bkan nak honeymoon tapi nak siapkan asigment untuk ticketing subject kelas encik Hasrul yang disayangi he3 aku kene menziarah airport sultan Azlan Syah yang tak ramai orang tu.Asigment dia tak lah complicated sangat klik..klik.and than siap(ambil gambar je).

Ni nak cite pengalaman masa dalam bas tu..aku ni sebenarnye fobia nak naik bus waktu malam tapi demi Asigment ni terpaksalh aku gagahkan diri ni walau doa dah lebih 3 kali aku baca dan puas pemandu bas tu aku interview(kesian pakcik tu).Nak kata aku suka berfikiran negatif rasanye tak kot???Tpi selepas banyak peristiwa kemalangan yang meragut nyawa membabitkan bus...tu yang aku fobia (tapi ajal maut ditangan tuhan) tu aku tau tapi sebagai manusia kita kene berwaspada betul tak? so aku ni tak tidor selama 5 jam dalam bas tu..walaupun dah tersengguk2 masa aku habiskan dengan makan makanan ringan untuk kurangkan tekanan yang aku alami..dan selapas 5 jam alhamdullilah bersyukur pade tuhan sebab aku sampai dengan selamat..

Tapi rupanye tak habis setakat tu aku dijemput oleh 3 orang lelaki yang aku tk kenali ape lagi mulalh aku fikir yang bukan2 dIoran tu sebenarnye member kawan aku..member tak member aku mesti becareful..ape lagi taktik aku ambik minyak wangi dalam beg aku dan bersedia nak sembur kat biji mata diorang kalau diorang buat2 benda2 yang tak sopan kat aku..hem..(langkah berjaga2) dan aku hanye mampu brdoa pada allah agar selamat..kalau jadi ape2 mesti kesian kat orang yang aku tinggalkan nun jauh kat melaka dan jb(specially my parents) tapi alhamdullilah takde ape2 terjadi..tapi aku tertinggal minyak wangi dalam kereta ..ish ruginye...



sebenrnye banyak lagi aku nak cerita ni baru introduction tau...tapi aku tak cukup masa so i will be continue nex time k...

Thursday, January 21, 2010


lepas tengok futsal..sama sama



comel tak kitorang





naik kereta kabel sama sama






tiada lagi pink penter yang membuatkanku sentiasa
tersenyum





tiada lagi si ika untukku bertelagah.......





ika yang suka posing..........




nad yang serius dan sentiasa menjadi akak
dikalangan kami..........






SAHABATKU...




Sahabatku dikala kau pergi meninggalkan ku..
tiada kata yang mampu ku luahkan...
hanya doa dan tangisan yang mampu mengirimu..
maafkanku sahabatku bukan ku sengaja tetapi hati ini
tidak mampu menipu yang aku terlalu sedih...
jika mampu aku berkata sukar untuk ku melepaskan kau pergi..
Tetapi aku terpaksa merelakannya kerana kau pergi untu mengapai
cita-citamu...yang tinggi di awan..
ingat tak kisah kita bersama bergurau senda...bercakaran...meluahkan
kesedihan dihati...em..kini semua itu hanya kenangan..Ika..alin dan nad..
kenangan itu tidak akan ima hapuskan dan tetap berada dihati...
malam itu menjadi saksi perpisahan kita yang sementara..
dan sahabat yang baik akan melepaskan sahabatnya terbang tinggi....

untuk mencapai cita-citanya...........................................








sahabatmu....

ima.......

I MISS YOU ALL....PLEASE COME BACK TO ME..