Friday, June 22, 2012




YES..this is me!! Aku lebih senang jadi macam ni..sebab aku rasa silent is more better than sharing with people cause there are few people cant accept it..bak kata budak2 sekarang nanti terrrrsentap...Sebenarnya ramai je orang yang perasan muka aku ni, bila ada masalah memang ketat (macam sarung nangka ) or aku akan menghilangkan diri..lari marathon supaya orang tak jumpa aku buat seketika or aku akan buka MP3 kuat2 supaya orang tak bercakap dengan aku..and than i always manage to say Im Fine lah...hahaha

Tapi korang tahu tak?? dalam hati aku ni terpendam something yang effect muka aku..yang comel ni daaa~Aku menangis sendiri dan tenangkan diri sendiri..aku tak salahkan kawan2 aku sebab aku yang x nak diorang involve dalam masalah aku..so korang boleh tarik nafas lega k..

Kawan2 aku kata..luahkan apa yang kau rasa sebab orang tu tak kan tahu apa kesalahan diorang and they will keep going do the same thing..masalahnya kau ingat semua orang boleh terima ke? so biarlah aku yang pendam semua ni k..sebab sekejap je..nati aku ok lah..so kalau nampak muka aku ketat je..jangan tegur sebab nati aku akan ok sendiri..

Korang pernah rasa tersisih tak? aku selalu rasa benda tu..korang pernah rasa curiga? pernah rasa tertipu n keliru? what ever lah..Selalu nya masalah aku ni berkaitan dengan orang yang rapat dengan aku ..(sahabat,, family n kerja kelab ) aku selalu dapat watak jahat..dan selalu disalahkan..baguslah teruslah menyebelahi orang tersebut..mungkin kau nampak kebaikan dan betul nye dia...its ok im fine..Tapi sebenarnya aku sangat beruntung sebab sahabat baik aku sentiasa ada dengan aku walaupun aku selalu je buat muka ketat..thank u sebab tak pernah bosan dengan aku..tapi kau tau lah kawan kau ni,, ade je benda yang dia tak puas hati..huhu

So the moral of the story belajar untuk senyum, sebab orang akan ingat kita happy tapi dalam hati rasa panas terbakar..




Monday, June 18, 2012

Kawan Apa Erti Sayang??

lately aku rasa bosan dan tension dengan keadaan sekeliling yang mood orang berubah-rubah macam hipotesis variable..haha kadang2 aku pun tak faham dengan apa yang orang rasa sebab aku bukannya nujum pak belalang yang boleh teka2 ataupun ramalkan keadaan cuaca orang lain. walaupun menipu dan tak tahu apa-apa tentang ilmu kenujuman..waa apa yang aku membebel ni...(confuse)

Aku faham setiap orang ada masalah masing2 tapi..bila masalah tu dicampur aduk kan dengan orang lain disekeliling anda ni lah yang jadi..Yang nak aku higlight kat sini aku ni manusia yang ada 2 mata,1 hidung,2 tangan dan yang paling penting 1 hati. So memang aku tak mampu nak jaga hati semua orang sebab hati aku pun tak terjaga dan tak dijaga..(ayat novel kadang2 mempengaruhi aku)> 

Kadang aku rasa penat yelah..nak tegur orang, nak senyum, nak buat2 macam banyak mulut padahal orang ignore aku..(come out solution list..kenapa kau jadi macam tu????? kalau aku ada buat salah cakap je, aku ok and kalau dah taknak kawan dengan aku cakap je sebab aku memang tak ok. tapi aku bole survive sorang2 (banyak kali aku cakap macam ni sebenarnya aku tak bole sebab aku sayang korang daaa~)

Moral of the story jangan nak jaga hati orang sangat sampai hati kau yang rosak sebab tak kena service...:P

Thursday, January 12, 2012

BFF KAH KAMU????





BFF stand for best friend forever lebih senang cakap sahabat sejati dan seumpama dengannya…setiap  orang mengimpikan dan ingin menjadi sebahagian dari BFF..tapi BFF bukan sahaja perkataan yang keluar dari mulut semata-mata tapi datang dari hati..( ayat novel). So entry kali ini aku akan memberi beberapa guidelines or sign untuk mengenal pasti dan menjadi BFF kepada seseorang yang bergelar sahabat :

Mempersembahkan Ciri-ciri BFF:
  • BFF akan memanggil sahabat dengan nama yang disukai sahabatnya sama ada di hadapan @ di belakang.
  • Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan sendiri.
  • Beranggapan positif terhadap sahabat dan tidak bersikap prejudis.
  • BFF akan memaafkan sahabatnya walaupun tahu akan kebenarannya.
  • BFF tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada sahabatnya.
  • Menyembunyikan segala rahsia sahabat  dan tidak menceritakan kepada orang lain.
  • BFF tidak mendesak atau memaksa sehingga sahabat rasa terbeban dengan permintaannya itu.
  • BFF akan  gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkan sahabatnya.
  •  BFF akan mengambil berat tentang sahabatnya. Contohnya hal pelajaran dan kesihatannya kerana dia mahu yang terbaik untuk sahabatnya.
  • BFF tidak menyimpan rahsia dari sahabatnya, dan berkongsi cerita gembira dan sedih.
  • BFF akan menerima segala kekurangan dan kelebihan sahabatnya dengan ikhlas.
  • BFF akan sentiasa mengalah bila berlaku pertengkaran, walaupun kesalahan itu bukan datang daripada nya.
  • BFF akan mengajak ke arah kebaikan dan bukan yang boleh merosakkan sahabatnya.

Ini sahaja yang dapat aku list untuk korang..sebenarnya aku terbaca dekat sebuah blog dan menarik perhatian aku so nak berkongsilah dengan korang semua sebagai panduan dan pengetahuan. Kalau korang ada ciri-ciri macam ni alhamdulillah dan kalau takde cubalah untuk jadi seperti BFF..(baru aku tahu aku belum boleh digelar BFF hahaha) so jom sama-sama cari sahabat sejati dan menjadi sahabat sejati. Sekian……

Mutiara kata: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita…






Sunday, January 8, 2012

KEJAYAAN INI UNTUK MANUSIA BERGELAR MAK DAN ABAH

ABAH DAN MAK SAYA..


MY CONVOCATION

MY FRIENDS

ANUGERAH DEAN LIST

Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa selama tiga tahun aku menempuhi hidup sebagai pelajar diploma akhirnya aku telah berjaya menamatkan pengajian ku..berbagai dugaan dan cabaran, suka dan duka yang aku tempuh tak pernah mematahkan semangat aku. Mengimbas kali pertama aku melangkah kaki ke Universiti bersama-sama dengan Abah dan Emak buat, masa tu aku ingat lagi bila mereka bersusah payah menghantar aku dan akhirnya aku ditinggalkan mengharungi hidup yang tak tau bagaimana.. 

Masih aku ingat janji-janji yang sekarang ni masih aku pegang iaitu “Aku Akan Belajar Bersungguh-sungguh dan Tak Akan Pernah Terlibat Dengan Cinta Selagi Aku Tak Mendapat Segulung Ijazah”. Abah dan Mak tersenyum lebar…mungkin sebab janji kedua aku tu…haha tapi aku serious..:). Induction Week sangat memenatkan apa taknya!! selama seminggu aku terkejar-kejar ( tak sempat mandi), berjalan kaki (sampai lunyai kasut aku ), menangis nak balik sebab tak sanggup, haha tergelak bila ingat balik..berkecai musnah segala bayangan aku yang U ni sangat best ( Macam dalam TV and Novel yang selalu aku tengok dan baca). Tapi Abah cakap sabar…ye aku sabar sampai sekarang….Pada saat tu aku berazam satu hari nanti aku akan jadi salah seorang yang induct student baru, biar diorang rasa apa aku rasa ( hahaha sangat jahat niat aku, dan memang aku buat..tapi tak lah sekejam yang disangkakan..) 

Sangat sedih bila berjauhan dengan keluarga yang nun jauh di kampung buat aku jadi seorang yg tabah dan cekal, Bila cuti semester ada kawan2 family ambil balik family hantar..(untunglah di situ) tapi aku tak..aku naik bas balik kg sebab aku tak nak susahkan Abah ambil aku jauh2 sedangkan aku bole je naik bas..tipulah klau Abah tak pernah hantar tapi seriously Abah hanya hantar aku masa mula2 masuk dan ambik masa aku dah tamat belajar…dan selebihnya aku balik sendiri ( tersenyum bangga)..Ya mungkin sesetengah orang tak biasa tapi aku dah biasa hidup sederhana….:) 

Selama tiga tahun, banyak benda baru yang aku belajar, jumpa kawan2 yang banyak berkongsi suka dan duka dan tak kurang yang ada bila aku senang je…Ade beberapa benda yang aku rasa pencapaian yang sangat membanggakan dalam hidup aku antaranya dapat DL untuk 3 sem berturut-turut, Menjadi setiausaha kelab HATIC selama 1 tahun setengah ( bukan nak berbangga tapi inilah pencapaian yang sangat terindah untuk aku budak kampung yang empty mula-mula dulu..:( 

Sekarang ni aku masih teruskan perjuangan aku untuk mencapai segulung ijazah yang berada nun di atas..tak kan ku kalah dengan cacian,sindiran,jelingan untuk menjatuhkan aku..Sebab tak ade sesiapa yang bantu bila aku jatuh terduduk selain Abah dan Mak..dan kejayaan ni sebenarnya untuk ABAH DAN EMAK…Akak sayang sangat Abah dan Mak ( terima kasih..) 






Sunday, October 16, 2011

Aku nak senyum selalu :)


Boleh tak senyum..
senyum muka janganlah ketat sangat..
senyum, sejuk sikit hati orang tengok..
senyum, bukan susah pun..
senyum, boleh awet muda..
senyum, dengan ikhlas..

Nak senyumlah ni..
tengah cuba..
belajar senyum.
tapi ...bila aku senyum ?

Ish terperanjat tengok kau senyum..
sorang2 kenape?
asal kau senyum macam tak ikhlas je..


Ok..dah penah berdialog, aku ni memang susah nak senyum,
kalau senyum pun orang cakap macam tak senyum.( macam mana tu ?)
Aku suka kerutkan dahi ( ala2 banyak masalah mengalahkan PM)
Tapi..tak lah sepanjang masa, kawan2 yg rapat dengan aku,,
mereka tahu, aku tak sombong..tapi perlukan masa untuk
sesuaikan diri..tapi bila dah start bercakap and ketawa
memang tak berhentilah..
p/s : senyumlah kerana senyuman adalah sedekah :););)

Saturday, February 5, 2011

HIDUP UNTUK KERJA @ KERJA UNTUK HIDUP



HIDUP UNTUK KERJA KE?
KERJA UNTUK HIDUP?


Sejak kecil kita telah disuruh dan diasak untuk belajar bersungguh-sungguh sampai masuk Univresiti. Tapi korang pernah terfikir tak kenapa? adakah sebab ilmu ataupun mengejar kesenangan? Kita mungkin selalu mendengar dialog ini:

Belajar rajin2 nanti dah besar boleh dapat kerja baik2..

Tapi mungkin ada certain orang kaya akan berkata kepada anaknya:

Belajar bersungguh2 kalau boleh sambung ke Oversea..nanti dah habis belajar kerja dekat syarikat keluarga kita..

Ataupun sebuah keluarga yang mempunyai pemikiran kolot berkata kepada anaknya:

Kau berhenti je belajar tak payah belajar tinggi2..nanti dah kahwin duduk dekat dapur jugak.

Agaknya mana satu yang selalu ayah atau mak korang selalu pesan. Tapi sejak kebelakangan ni..aku sering bertanya siap post lagi dekat FB apa pendapat diorang. Ada yang turut keliru n ada juga yang kata kerja untuk hidup. So bagi pendapat aku memang hidup ni perlu kerja umtuk mencari sedikit kesenangan di dunia. Ya lah kalau tak ada duit macam mana nak beli makanan, baju, rumah sedangkan masuk tandas pun kena bayar 20 sen tau..



Tapi tak perlu lah nak habiskan masa seumur hidup hanya untuk bekerja tanpa ada masa untuk diri sendiri, sampai tak boleh lansung nak melawat mak ayah dekat kampung kan @ yang dah kahwin pula tak ada masa untuk anak dan isteri. Sekarang ni aku rasa hidup aku ni macam robort yang hidup untuk bekerja beberapa hari kebelakangan ni..mungkin sebab New Year so ramailah pelancong yang datang ke Afamosa ni sampai tak cukup tangan nak handle..praktikal lah katakan semua benda yang orang suruh aku buat tapi tak lah sampai tolong guest tukar lampin anak dia kan..(melampau pulak)..so korang fikirkan lah ye :D






















Thursday, January 27, 2011

MAHA MELIHAT


MAHA MELIHAT

Tuhan tu maha melihat setiap perkara yang umatnya lakukan.. Kebelakangan ni ayat ni yang selalu meniti di bibir. Sebab sekarang aku berhadapan dengan satu masalah yang berlaku tanpa aku sedari.

Sebelum tu..aku minta maaf kepada sesiapa yang terlibat secara lansung ataupun tak..sbb aku hanya ingin meluahkan perasaan n berkongsi cerita.
Actaully benda ni buat aku tension n sedih..kepercayaan yg diberikan oleh seseorang tak dapat aku jaga dengan baik kerana ada certain people yang sangat kejam n without thinking others people around them.

Aku mengadu kepada kawan2 n parent..mereka nasihatkan aku jangan takut kalau
kita tak buat salah n berani menegakkan kebenaran.

Allah itu maha melihat apa yang terjadi so sekarang aku hanya mampu berdoa dan bersabar menghadapi dugaan n cabaran sepanjang aku menjalani praktikal di sini.


Dan aku nak ingatkan kepada orang yang kejam tu agar berubah kearah kebaikan. Mungkin sekarang ni kau lepas tapi tidak pada masa depan sebab sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Dan jangan ingat selepas kau buat semua ni aku akan give up sebab aku bukan orang yang mudah berputus asa,
Aku tak nak cerita detail sbb nak menjaga hati orang lain...tapi amanah yang aku maksudkan adalah duit yang mampu buat orang gelap mata n sanggup tikam belakang orang lain.