Alhamdulillah syukur aku telah mendapat tempat untuk menjalani praktikal di AFAMOSA RESORT Melaka. Setelah puas mencari nampaknya rezeki aku disini.Sebenarnya Afamosa bukan pilihan hatiku tapi kerana beberapa sebab aku terpaksa menghantar resume aku kesana. Aku dan 3 orang rakan lagi berjaya terpilih untuk menjalani peraktikal disana, aku, yana , faisal dan wan faiz. Aku ditempatkan di bawah Admin department...hahaha rasa ragu2 boleh ke aku survive kat department tu nanti. Hatiku bertanya apa tugas aku? dan macam mana bos aku nanti. Walau bagaimanapun aku akan buat yang terbaik dan mempraktikkan apa yang aku belajar di UiTM selama 2 tahun setengah. Aku berharap aku dapat melakukan yang terbaik dan sabar serta tidak berputus asa menghadapi cabaran. Tak kisah lah ape orang lain cakap asalkan aku dapat keputusan yang baik dan pengalaman yang takkan aku dapat sebelum ini. Doakan agar aku berjaya di sana nanti.