Thursday, August 27, 2015

Kalaulah otak aku ni boleh jadi macam pen drive rasa2 macam fail tu xperlu or dah kena virus shortcut boleh delete and format, dah lama aku buat hantar kedai. Tapi masalahnye tak boleh.

Tuesday, June 16, 2015

Pulau Tioman : Selagi Ada Oksigen 2015

meyh sini aku nak update trip family 2015 ke Pulau Tioman. Sempena cuti sekolah hari tu kitorg plan mengejut pergi pulau ni sebab nak bawa anak saudara aku berjalan sambil2 release tension kerja yang menggunung.  So aku nak share sikit tips2 kalau korang plan nak pegi sini. Kita start dengan:


  1. Transportation : ok nak pergi sini aku prefer naik ferry . Aku suggest korang beli tiket ferry online sbb mudah n no risk so plan awal2 kan senang. Korang boleh beli disini http://www.tiomanisland.com.my/tioman-island-ferry-ticket/book-cheap-tioman-ferry-ticket.php. Harga tiket untuk children rm 60.00 & Adult rm 70.00 (2 way) harga ni tak termasuk taman laut rm 5 children & warga emas, Adult rm 10.00. Korang wajib kena ada 1 jam dari departure time sbb korang kena collect tiket, daftar nama, beli tiket taman laut & collect boarding pass semua ni kena buat step by step, memang leceh sikit. Kitorang naik bluewater, korang boleh guna debit card atau credit card untuk booking, lepas confirmation next day korang akan dapat confirmation via email so lepas tu korang boleh reply nak departure and arrival time pukul berapa, email confirmation tu akan stateda dengan siapa korang kena collect tiket, so boleh call no phone provided.
  2. Accomodation : Kitorang menginap dekat Salang , lokasi ni paling last sekali ferry berhenti so jauh sikit compare dengan tempat lain estimate journey dalam 2 jam lah. Korang tak payah risau sbb masa collect tiket diorang akan provide maps so diorang akan explain bila korang kena turun, ferry akan stop dekat genting dulu korang kenalah tnya orang kat dalam ferry tu sbb xde announcement pun korg dah smpai kat mana, kena tgk lah papan tanda kalau ade..kitorg pun time tu terpinga2 jugaklah nasib ade family sama tempat so senanglah sbb dia dah banyak kali pergi salang. Kitorg stay dekat salang sayang resort. Salang ni tempat dia hapenings compare tempat lain, kalau nak stay bandar korg boleh pegi tekek, tempat kitorg stay ni kampung jek..so kena withdraw duit siap2 xde atm machine. Kalau pergi Salang aku prefer korang stay kat Salang Indah memang tip top, 2nd choice boleh stay Salang Sayang. Kalau nak tgh price range boleh pergi official website ek. Time kitorang pegi ni cuti sekolah memang most of chalet penuh so masa tu yg tinggal salang sayang fan room semalam rm 100 hari biasa lagi murah.
  3. Attaraction : Main aktiviti dekat sini Snorkeling, Scuba, Jungle Tracking. Korang boleh pilih pakej mana yang korang nak  kalau snorkeling price range dalam 70.00 tp kalau pergi salang ada satu tempat ni betul2 sebelah salang sayang reception office dia punye pakej murah rm 65.00 jek untuk 4 tempat include snorkeling set. Kalau dekat Salang korang boleh jek snorkeling tepi pantai sebab air dia memang jernih boleh nampak ikan so kalau nak beli set snorkeling rm 15.00 jek 1 day, Kalau untuk children sesuailah sangat. Scuba diving ada jugak tapi yang ni aku tak survey plak sebab aku x ada lesen scuba. Jungle tracking pun pakej x silap termasuk dengan snorkeling, korang boleh tanya kat kaunter.
  4. Food : Makan dekat sini memang mahal kalau korang xpandai survey. Aku nasihatkan korang jangan makan dekat Salang Sayang restoran memang mahal, byagkan air teh o ais 5.00, berasap sekejap hahaha..So dah tau mahal hari kedua kitorg makan kat foodcourt salang, ade kedai makan nora ok lah not bad harga masih lagi berpatutan nasi paprik dalam 7 ringgit lebih. Lagi satu dekat Salang Indah restoran yg ni pun ok..so dua tempat korang pergi makanan not bad, tak lah sedap sangat tapi boleh telan lagi lah. Dekat sini banyak kedai jual makanan ringan mcm maggie, roti, air kotak tapi memang mahal lah, so boleh beli siap2 dari jetty mersing.  
Kitorang pergi bukan under package sbb memang last minute plan, klau nak pergi under package lagi better sbb diorang include hotel, food n attarction sekali. Kalau rasa nak berjimat boleh buat package korang sendiri so boleh budget time & duit korang. So yang aku list kat atas tu mmg basic yang korang kena tahu,  Aku higliht benda yang korang tak dapat kalau korang x experience. korang boleh cari info dengan review blog2 lain k.
 Lagi satu, time lepak minum petang ada terjumpa pak cik ni dia berniaga dekat Salang, dia cakap lain kali naik ferry dari Tanjung Gemuk sebab just rm 5.00 jek untuk taman laut punye fee, so lagi murah. Kitorang xtau dah naik dari jetty Mersing so bayar rm 10.00, so mybe korang boleh survey mcm mana nak naik dr Tg Gemuk kot.
Pulau tioman memang the best air dia jernih, hijau..memang tenang. Kalau korang nak tahu pulau tioman ni antara 10 pulau tercantik macam krabi jgak. Jom tengok  sikit gambar bawah ni :



Jernih sangat air laut dia. Agungnya kuasa tuhan.



Snorkeling Dekat Salang


Belakang tu chalet terapung Salang Indah 

Salang Sayang View




                           Me and family







SiUnique : Melancong bukan just for happy tapi juga untuk melihat kebesaran ciptaan Allah. Semoga selamat perjalanan pergi dan balik. :)

Friday, May 22, 2015

Cerita Adik Peminta Sedekah

Cerita hari ini. Benda ni buat aku terpikir and terbayang sampai sekarang, kat opis nak buat kerja pun terganggu. Bukan aku nak tunjuk baik tapi nak dijadikan pengajaran. 
Nak dijadikan cerita, time aku dalam bas ada seorang budak lelaki umurnya dalam 10 tahun, tiba2 dia duduk sebelah aku. Dalam hati aku berkata banyak lagi tempat kosong..aku pun diam jek..then..

Dia : Dia tanya aku akak nak pegi mana?
Aku : Nak pergi jb. Adik nak pegi mana? dengan sape?
Dia : Nak pegi Jb dengan mak.
Aku : owh..*aku pndang mak dia smbil senyum. then aku pndg bdk lelaki tu, comot baju pun lusuh. nak jalan2 ke?
Dia : xlah kak adik nak cari duit untuk ayah.Ayah sakit kencing manis..nak beli ubat.
Aku : Owh. *sambil tgk phone sbb malas nak layan. tiba2 bdk tu panggil aku.
Dia : Kak boleh x nak mintak tolong akak, boleh x nak mintak duit nak beli ubat ayah, 5 ringgit pun xpe..
Aku : ok..aku dah agak dah, dalam hati aku ingt budak ni entah2 tipu aku..sbb zaman sekarang ni mcm2 boleh jadi. Aku senyum, baik aku selidik betul2..Insyallah nanti dah sampai akak bagi k?
Dia : Dia diam nampak mcm gelisah.Mungkin sbb dia ingat aku xnak bagi dia duit.
Sebenarnye akak ubat ayah 20 ringgi jek, boleh mintak tolong akak?
Aku : Adui kesiannye..Boleh! aku pun keluarkan lah dr purse n bagi kat tangan dia, lain kali jgn mintak duit kat org tak baik tau...
Dia : terpaksa kak sebab nak cari duit untuk ayah, ayah kat umah xboleh jalan. Tadi keluar pun tak makan..tp nasib ade org bagi mkan td..
Aku : Aku trpikir susah sgt ke hidup adik ni? adik sekolah x? ade berape org adik beradik? 
Dia : Sekolah, lepas upsr ni adik mcm nak pegi asrama adik xnk sekolah biasa sbb susah kira2 (math) abg kat umah jaga ayah. 
Aku : Baguslah belajar pandai2, boleh tolong mak dah besar nanti. Adik selalu ke ikut mak cari duit?
Dia : Masa cuti jek, kitorg xduduk satu tempat, kitorang jalan2 kat jb tu..sebab nati kena tangkap dengan kebajikan, mak diorang hantar pegi rumah org tua2 . Xsuka lah kak duduk situ mcm penjara sbb tu kitorg lari.

Mostly kitorg memang berborak sampai kat jb, macam2 dr sekolah sampailah dia ade ajk datang kg dia, Aku xtau lah kalau adik telah diajar oleh mak ayah dia, mcm mana nak mintak duit kat orang, Tapi cara dia bercerita menampakkan yg di sgt jujur and selesa dgn aku. Dia mmg bdk pandai tapi hidup dia kurang bernasib baik. Mungkin itu jek cara senang nak tampung hidup.

Honestly dulu aku ade pendapat aku sendiri tentang peminta sedekah yg aku jumpa. Diorang mampu berjalan..sihat tapi kenapa tidak bekerja? tp lepas kejadian ni aku tahu diorang ade alasan sendiri, Siapa lah yg nak minta sedekah n dipandang hina masyarakat?? sebab mereka terpaksa. Bersyukurlah wahai manusia, jangan merungut dengan kesusahan yg x seberapa..Ade org lagi susah kat luar tu.




Saturday, November 22, 2014

GENAP SETAHUN

 Bulan depan dah genap setahun aku bekerja sebagai customer service officer di sebuah bank yang terletak ditengah bandar Johor Baharu ni.

Bermula sebagai seorang gadis yang sangat innocent dalam bidang ni, buat aku rasa excited. Masa dapat tawaran tak terpikir pun yang kerja ni sebenarnya sangat menguji keimanan dan tahap kesabaran yang tinggi.

Sebulan training macam2 benda yang trainer push dan sumbat dengan apa itu bank industri,lebih tepat lagi dengan term  credit card'. Aku seorang yang bukan otak math masa tu terpaksa belajar kira interest, loan calculation,  rasa macam rendah diri, give up..
tapi entah macam mana pejam celik lagi sebulan aku dah setahun kat sini. omgewww..

Aku ketepikan perasaan yang meronta2 dalam diri. Kau buat apa kat sini shima, engkau ada degree in tourism management, this job not yours. Tapi aku terus ikut kata hati yang aku taknak duduk rumah tanam anggur, jangan memilih kerja, taknak susahkan keluarga. Customer service part of tourism apa?

Pernah tak korang menangis kat tempat kerja? pernah tak korang menangis sebab kena tengking dengan orang dengan kata2 kesat like a f***, stupid, sh**? pernah tak korang tahan sabar sampai akhirnya menangis sendiri?

Aku bukan seorang yang senang menangis depan orang, kalau boleh selagi boleh aku sorok. Tapi kerja ni buat aku menangis kat depan 50 orang pekerja.

Aku nak buat perbezaan diantara sebuah negara ni dengan malaysia, bukan sebab nak berpihak kepada orang Malaysia, tapi ini adalah hakikat. Customer yang aku handle diorang ni akan gunakan max kebebasan bersuara mereka lagi2 berkaitan service and money. Diorang tak boleh accept words NO! walaupun dah terang2 itu kesalahan mereka.

Perbezaan degan orang Malaysia kita kurang gunakan kebebasan bersuara, kita kurang knowledge tentang service kalau korang x percaya try call mana2 customer service, are you satisfied with their service? do customer always right?? orang malaysia lebih bersikap xpelah' boleh terima bila kita cakap NO!

Customer memang always right, kami mahu membantu..jadi tolonglah beri sedikit respect kepada kami, sebab kami manusia. Last 3 days aku jumpa trainer..dia cakap shime are still jere?? you lost ur weight haa? 













Friday, September 20, 2013

Aku kagum dengan orang istimewa.


Masuk hari ni dah hampir sebulan  aku kerja dekat Lotus Resort ni, kucar kacir juga lah aku nak sesuaikan diri dengan environment dan pekerjaan baru maklumlah sebelum ni aku takde apa2 pengalaman kerja pun. Hidup dekat sini memang sangat berbeza dari zaman study dulu, aku kena berdikari sendiri nak tuntut ilmu dari senior2..alhamdulillah nasib mereka semua ok. Aku ditempatkan dalam reservation department.
Dekat sini aku sebilik dengan Dewi dia ni macam adik aku, kami jumpa masa interview dan terus jadi rapat. Aku nak cerita yang aku ada ramai kawan yang istimewa (orang kelainan upaya) Kak Dayah, Uncle Rudi, Simpson, Leha dan Tana.  Aku kagum dengan mereka, even tak nampak tapi mereka kuat teruskan hidup , happy tak merungut..aku tersedar yang aku selalu merungut dengan diri aku, kehidupan aku lupa dan selalu lupa  nak bersyukur. Yang paling aku kagum adalah dengan Kak Dayah dia start tak nampak masa umur 23 tahun, sebab effect konteks Lens..dia selamba jek cerita dengan aku yang selama dia nampak tak pernah pula dia nak keluar Johor, tapi bila dah jadi macam ni baru dapat keluar pergi Pulau Pinang sambung belajar. Bayangkan selama 23 tahun ni kita tengok mak dan ayah, tengok sekeliling tapi tiba2 jek suatu hari kita bangun dan kita nampak gelap jek..mesti sedih sangat masa tu, tapi dia kuat..aku hanya mampu tolong apa yang boleh dan aku doakan supaya Allah per mudahkan urusan dia dunia dan akhirat.
Aku berjanji pada diri aku mulai hari ni aku takkan merungut dengan apa yang aku ada sesungguhnya ada orang yang lagi susah dan menderita dari kita yang cukup nikmat Allah berikan.

Saturday, August 24, 2013

Keluar dari dunia seorang pelajar..


Alhamdulillah aku dah habis belajar dan tak lama lagi aku akan menggenggam segulung ijazah yang  aku idam-idamkan selama ni, Bachelor of degree in tourism management. Walaupun result aku taklah segah mana kalau nak dibandingkan dengan rakan seperjuangan lain tapi aku reda, aku tak rasa bersalah sangat sebab aku dah berusaha sedaya upaya aku, stay up sampai tengah2 malam nak hafal satu buku.
Sesungguhnya.. Selama 5 tahun di bumi Melaka ni, buat aku sebak nak melangkah  pergi, macam-macam memori pahit manis yang aku lalui dari aku terkejar-kejar nak biasakan  diri dengan alam Universiti sampailah aku dah boleh berlari dan berada kat sini. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ada dengan aku waktu aku susah dan senang kat bumi Melaka ni, Sahabat seperjuangan dan pensyarah2 yang tak pernah lokek dengan ilmu n kita dah macam 1 family besar HM221 6B , korang memang best! Hope nanti kita jumpa masa konvo and good luck tau..
Selamat tinggal UiTM, selamat tinggal Kg Morten, River Side aku mesti rindu nak lepak2 lagi. Paling banyak memori dekat River Side kat sini lah aku sambut Birthday yang ke- 22, lepak baca buku sampai lewat pagi, sambut New Year, release tension sorang2, jogging, lepak makan aiskrim dan kat sini jugaklah purse aku kena curi..hahaha
Kat sini aku nak cakap yang aku dah jumpa sahabat baik yang ada dengan aku time susah dan senang. Terima kasih korang jangan lupakan aku tau, even kita jauh dan tak selalu contact tapi jauh di sudut hati ni selalu ingat kat korang, kalau dulu kita selalu pegi mana2 sama2 dah macam adik-beradik tapi sekarang ni aku kena buat semua benda sorang2 yup! aku kena berdikari dah tak boleh nak harapkan korang teman aku lagi, or bawak aku naik tenggiling korang lagi. Minta maaf kalau aku ada buat korang kecil hati, kadang2 aku tak sedar dengan apa yang aku buat, tapi sekarang ni baru aku sedar yang kita kena appreciate semua orang yang ada dengan kita, nanti bila dia dah tak ada, kita akan rasa kehilangan trust me!! aku dah rasa benda ni.
Ok, sekarang ni aku nak prepare untuk interview kerja,  kebanyakan company yang panggil aku untuk interview memang bagi soalan yang  mencabar..hurm,   betullah apa yang pensyarah aku kata duduk universiti bukan setakat menghadap buku nak jawab exam tapi kena aktif juga dengan persatuan bak kata GM dekat satu hotel yang aku interview student kena bersosial  baru tak malu nak jumpa orang. Sememangnya gopoh gapah dengan aku tak boleh dipisahkan bayangkan first interview aku orang tu siap tegur aku bila aku macam tak cukup nafas, macam dikejar anjing hahaha~ but I got the job. Insyallah aku akan berusaha, buat yang terbaik walaupun position aku taklah segah dan gaji pun taklah mahal tapi aku happy. Bermula dari bawah apa salahnya sedangkan GM dulu pun just seorang pekebun.
 
Good Luck In Your Life..

Sunday, February 24, 2013

Sahabat sampai mati


Sahabat,
Aku rindu detik-detik kita bersahabat baik,
Sekarang pun tetap baik,
Tapi tak sama seperti dulu,
Mungkin masa telah berubah dan beranjak,
Mungkin usia merubah untuk kita jadi lebih matang,

Aku,
Bila berseorangan terbayang-terbayang memori sahabat,
Tersenyum sorang-sorang macam kerang busuk,
Agh, aku sangat ikhlas dalam bersahabat,
Aku rindu kenangan bersahabat baik,

Memori sahabat,
Belajar sama-sama sampai lewat malam,
Berjoging sama-sama sampai keletihan,
Berceloteh sampai tak tahu nak cakap apa,
Bergaduh fasal benda-benda kecil,

Sahabat,
Aku rindu detik bersahabat baik,
Aku tak pernah lupa,
Kita sahabat sampai mati,
Sebab aku ikhlas menganggap kau sahabat 

p/s : Tuhan jagakan dia, sebab dia sahabat ku.