Alhamdulillah aku
dah habis belajar dan tak lama lagi aku akan menggenggam segulung ijazah
yang aku idam-idamkan selama ni,
Bachelor of degree in tourism management. Walaupun result aku taklah segah mana
kalau nak dibandingkan dengan rakan seperjuangan lain tapi aku reda, aku tak
rasa bersalah sangat sebab aku dah berusaha sedaya upaya aku, stay up sampai
tengah2 malam nak hafal satu buku.
Sesungguhnya..
Selama 5 tahun di bumi Melaka ni, buat aku sebak nak melangkah pergi, macam-macam memori pahit manis yang
aku lalui dari aku terkejar-kejar nak biasakan
diri dengan alam Universiti sampailah aku dah boleh berlari dan berada
kat sini. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ada dengan aku waktu
aku susah dan senang kat bumi Melaka ni, Sahabat seperjuangan dan pensyarah2
yang tak pernah lokek dengan ilmu n kita dah macam 1 family besar HM221 6B ,
korang memang best! Hope nanti kita jumpa masa konvo and good luck tau..
Selamat tinggal
UiTM, selamat tinggal Kg Morten, River Side aku mesti rindu nak lepak2 lagi.
Paling banyak memori dekat River Side kat sini lah aku sambut Birthday yang ke-
22, lepak baca buku sampai lewat pagi, sambut New Year, release tension
sorang2, jogging, lepak makan aiskrim dan kat sini jugaklah purse aku kena
curi..hahaha
Kat sini aku nak
cakap yang aku dah jumpa sahabat baik yang ada dengan aku time susah dan
senang. Terima kasih korang jangan lupakan aku tau, even kita jauh dan tak
selalu contact tapi jauh di sudut hati ni selalu ingat kat korang, kalau dulu
kita selalu pegi mana2 sama2 dah macam adik-beradik tapi sekarang ni aku kena
buat semua benda sorang2 yup! aku kena berdikari dah tak boleh nak harapkan
korang teman aku lagi, or bawak aku naik tenggiling korang lagi. Minta maaf
kalau aku ada buat korang kecil hati, kadang2 aku tak sedar dengan apa yang aku
buat, tapi sekarang ni baru aku sedar yang kita kena appreciate semua orang
yang ada dengan kita, nanti bila dia dah tak ada, kita akan rasa kehilangan
trust me!! aku dah rasa benda ni.
Ok, sekarang ni aku
nak prepare untuk interview kerja,
kebanyakan company yang panggil aku untuk interview memang bagi soalan
yang mencabar..hurm, betullah apa yang pensyarah aku kata duduk
universiti bukan setakat menghadap buku nak jawab exam tapi kena aktif juga
dengan persatuan bak kata GM dekat satu hotel yang aku interview student kena
bersosial baru tak malu nak jumpa orang.
Sememangnya gopoh gapah dengan aku tak boleh dipisahkan bayangkan first
interview aku orang tu siap tegur aku bila aku macam tak cukup nafas, macam
dikejar anjing hahaha~ but I got the job. Insyallah aku akan berusaha, buat
yang terbaik walaupun position aku taklah segah dan gaji pun taklah mahal tapi
aku happy. Bermula dari bawah apa salahnya sedangkan GM dulu pun just seorang
pekebun.
Good Luck In Your
Life..
No comments:
Post a Comment