Wednesday, November 10, 2010

SAYA SAYANG SANGAT ABAH DAN MAK SAYA...

Hari ni macam biasa..pagi2 bangun study.Tinggal lagi satu paper

N than prepare untuk practikal

Malam tadi aku sedih sangat

Aku mimpi Mak n Abah pergi meninggalkan aku kat dunia ni

Aku menangis dalam mimpi..sebab aku rasa macam real

Bila aku bangun mata aku basah ..rupa2 nya aku menangis betul2

Aku terdiam seketika n baru aku sedar aku mimpi je..

N aku bersyukur sebab tu hanya mainan tidur..

Aku tau setiap manusia akan mati jua akhirnya bila dah sampai masa

Tapi...aku sangat perlukan diorang dalam hidup aku

Tanpa diorang hidup aku sunyi..dan gelap

Sebab kejayaan aku sekarang semuanya untuk diorang

dan juga ALLAH

Dan hidup aku ni just only for them

Ya Allah tolong panjangkan umur Ibu dan Ayahku..

Sebab aku masih belum membalas jasa mereka

Dan impianku untuk membawa mereka KE MEKAH untuk

menunaikan umrah n haji..

Dan aku mahu menjaga mereka semasa hari tua kelak..

Jadikan aku seorang anak yg soleh dan berbakti kepada ibu bapa ku..

Dan selamatkan kami Didunia n Akhirat..


FOLLOWER AWARD

thank you to TINTA PENA for this award i appreciate it..

PERSAHABATAN SEMANIS AISKRIM CORNETO



selamat malam semua...aku rasa gembira sangat hari ni selepas beberapa hari ni hidup aku rasa sunyi dan membosankan ( ala2 dekat gua tempurung..aku jerit2 kuat2 tapi suara aku je yg bergema sampai kelawar2 yg ada kat gua tu... berhijrah ke gua lain kat Malaysia ni sebab sakit telinga hahahaha) Sebenarnanya aku ada konflik sikit dengan sahabat aku si taik lalat..( jangan mare..gurau jelah sebab tu ko nampak comel n kelakar hahaha) kenapa aku cakap PERSAHABATAN SEMANIS CORNETO..bacalah :

9.10.2010
kami bergurau, bergaduh n bergosip seperti biasa tanpa mempedulikan orang, furniture and kucing2 yg asyik terhendap2 nak masuk rumah kitorang..sambil buku di tangan( kononnya study hard lah..jangan buang masa)..pastu kawan aku( cik more..bukan nama sebenar) ni keluar dari bilik selepas terperap dalam bilik dari pagi sampai petang..n than memulakn isu ORANG KAMPUNG

aku: asal orang sebelah rumah tu bising je..ramai lak tu..nak gi outing kot..
cik more: tau tak pe bising je macam orang kampung..
aku : cakap baik sikit..k orang kampung sensitif tau..aku orang kg gak!! kau tu bukan orang kg ke?

cik more: kau nak sensitif asal lak..suka ati lah...aku memang tak suka macam orang kg..
aku: dah mula geram dan kami berdua diam ( berperang dalam hati )..n terus buat muka;;
malam tu kami berdua tak bertegur..n buat hal masing ( baru perasan orang sekeliling, furniture n kucing yg tak berputus asa plan nak masuk rumah aku)

11.10.2010
pagi2 dah bangun and bersiap sebab exam start pukul 9.00 pagi..macam biasa aku n dia buat selambe macam tak nampak..( pedulilah malas nak layan weekkkkkk) lepas tu balik exam terus pergi makan and tidur..baru je nak lelapkan mata cik more balik n aku pura2 tidur...bangun tidur aku terus ikut kawan aku pegi kedai gunting dan aku pula berjalan2 kat taman permainan Alor Gajah..( layan jiwa yg sedih n sunyi..)

n than aku rasa aku kena buat something n ketepikan segala ego yg bergayut kat otak dan diri aku ni..tapi cam na..? ahhh biar dia yg pujuk aku dulu..pedulilah..
lepas tu pergi kedai..sebab nas pesan panadol n tisu and masa nak bayar tu..aku ternampak aiskrim ( sedapnya n terus beli tapi kalau cik more mesti best sebab dia suka so aku pun beli dua batang ( betul je penjodoh bilangan aku ni..? corneto.. so... balik tu aku letak kat peti ais ( dalam bahasa Melayu) dengan harapan dia nampak ( sebab dia boleh bau aiskrim dari jauh... ) tapi tak..so aku masuk bilik dia dengan berbekalkan aiskrim corneto:

aku: cik more bangun lah Ima ada bawa aiskrim ni sedap..sejuk.nak?
cik more: tak nak lah ..sambil pura2 tutup muka dengan bantal busuk dia..

aku: bangunlah..( sambil menarik tangan dia macam main cak2 lak)

cik more: akhirnya bangun ....
aku: kenapa tak tegur ima sedih tau..marah ima lagi ke? cik more n aku: terus berpeluk , menangis n makan aiskrim sama2

tiba2 dengan orang ketawa rupa2 nye kawan2 aku menyaksikan dram air mata ( boleh menang anugerah skrin laH)..n semua orang post kat Facebook guna status KASIH DAH BERTAUT KEMBALI>>bahagianya ada2 kawan yang SEMANIS CORNETO..:)





Sunday, November 7, 2010

CARI KETENANGAN

Kat bawah ni tempat yg aku rasa boleh buat aku tenang kot..nak cari ketenangan punya pasal.:)

cantik kan..kat Malaysia ada ke tempat macam ni..ciptaan tuhan yang menakjubkan..




macam lukisan kan..kan best kalau dapat berkayak ataupun berenang kat tengah tasik tu...tiba2 kena ngap ngan buaya hahaha


tempat ni lagi tenang aku rasa dikelilingi oleh padang pasir( boleh mati beb aku)



Ni tempat yang paling sesuai untuk menenangkan diri ..insyaalah satu hari nanti aku nak bawa mak dan abah pergi ..


pernah tak korang terfikir untuk lari dari semua masalah, orang disekeliling yang buat korang sakit hati, kerja, asigment yang berlambak, orang yang hipokrit dan segala dosa yang membelenggu diri..sebenarnya bila bersendiri aku selalu dibayangi cerita yang lalu..( dosa dan benda yang buat aku rasa sakit hati)... So sekarang ni aku rasa nak lari dari semua ni dan cari ketenangan tapi kat mana ek??( mesti korang cakap mati lah kalau nak cari ketenangan..hahaha gurau je lah..mati pun tak semestinya tenang kalau banyak dosa dah tentu kena siksakan ( itu semua Allah punya kuasa so kita kat dunia ni buat je amalan dan suruhan dia & jauhkan daripada perbuatan yg dilarang)..

Korang rasa ada tak tempat yang tinggi dan dikelilingi oleh air terjun dan bunga2 yang mekar dan wangi..best nya...lepas tu aku sorang je ade kat situ..aku boleh buat apa2 je..apa kata orang DUNIA INI AKU YANG PUNYA hahahaha( ketawa jahat..beb)
aku tak tahu apa yg aku merepek ni sebenarnya..masa ni aku tengah study n habiskan satu buku tebal yang aku rasa macam nak rebus n minum je air dia( petua dari kawan2 aku yang gila) ok lah ni je yg mampu aku merepek sebab aku dah habiskan masa untuk diri sendiri lama sangat ni..wish me luck ok:)




Saturday, November 6, 2010

CIRI CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU


Hai readers..Betulkah cinta itu buta? sy ada baca satu laman web ni..tentang cinta. Walaupun saya tak begitu arif dalam soal cinta ni..tapi sy nak kongsi dengan readers semua..supaya korang bahagia dengan lovers korang k>>( jiwang je ayat ni kan??)

1.orang yg korang cintai tak mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu?

2.walaupun kamu rasa kamu ni tak cantik atau tak hensem ( ala2 ugly betty) pada pandangan dia kamu cantik dan kacak..

3.orang yg kamu cintai ingin sentiasa tahu tentang khabar kamu.

4. kalau ambik gambar kelas pulak, dia akan tengok gambar orang yg berdiri di sebelah kamu..n than baru gambar dia..

5.selalu mengingati kejadian yang dilalui bersama..( so senyuman kamu mampu m;buat dia tak tidur lena beb...)

6. Dia akan berdiam diri apabila rasa marah, atau pun sedih kerana dia cuba untuk tidak buat kamu risau..

7. Dia selalu mengingati kata2 yg kamu ucapkan( so hai..itu adalah satu ungkapan yang bermakna untuknya)..

8. Dia selalu memberi kamu semangat..cth wish good luck semasa kamu menghadapi exam..

9. Terdiam sesaat bila kamu call dia dan buat slumber..tapi lepas kamu letak fon dia akan
menjerit keriangan..

Ini aja yg mampu aku tulis tuk hari ni..sebenarnya cinta itu indah..so bagi sesiapa yang tengah ber couple..cubalah fahami mereka.

bagi yang dilamun cinta tetapi tidak mampu untuk ungkapkan..sabark..sebab ada satu firman mengatakan..seseorang itu akan mati syahit jika hhingg ke akhir nyawanya ia masih menyimpan perasaan dan tidak mengungkapkan kepada si dia ( bukan mudah untuk menahan nafsu dan sakit di hati kan.)

bagi yang dicintai oleh seseorang tapi kamu tidak mencintainya..janganlah buat mereka terseksa, mengeji ataupun pulaukan mereka..sebab mereka tak pernah berharap untuk kamu membalas cintanya tapi cukuplah sekadar kamu berada disampingnya sebagai kawan..sebab setiap orang layak untuk ada perasaan cinta,,..:)