Wednesday, November 10, 2010

PERSAHABATAN SEMANIS AISKRIM CORNETO



selamat malam semua...aku rasa gembira sangat hari ni selepas beberapa hari ni hidup aku rasa sunyi dan membosankan ( ala2 dekat gua tempurung..aku jerit2 kuat2 tapi suara aku je yg bergema sampai kelawar2 yg ada kat gua tu... berhijrah ke gua lain kat Malaysia ni sebab sakit telinga hahahaha) Sebenarnanya aku ada konflik sikit dengan sahabat aku si taik lalat..( jangan mare..gurau jelah sebab tu ko nampak comel n kelakar hahaha) kenapa aku cakap PERSAHABATAN SEMANIS CORNETO..bacalah :

9.10.2010
kami bergurau, bergaduh n bergosip seperti biasa tanpa mempedulikan orang, furniture and kucing2 yg asyik terhendap2 nak masuk rumah kitorang..sambil buku di tangan( kononnya study hard lah..jangan buang masa)..pastu kawan aku( cik more..bukan nama sebenar) ni keluar dari bilik selepas terperap dalam bilik dari pagi sampai petang..n than memulakn isu ORANG KAMPUNG

aku: asal orang sebelah rumah tu bising je..ramai lak tu..nak gi outing kot..
cik more: tau tak pe bising je macam orang kampung..
aku : cakap baik sikit..k orang kampung sensitif tau..aku orang kg gak!! kau tu bukan orang kg ke?

cik more: kau nak sensitif asal lak..suka ati lah...aku memang tak suka macam orang kg..
aku: dah mula geram dan kami berdua diam ( berperang dalam hati )..n terus buat muka;;
malam tu kami berdua tak bertegur..n buat hal masing ( baru perasan orang sekeliling, furniture n kucing yg tak berputus asa plan nak masuk rumah aku)

11.10.2010
pagi2 dah bangun and bersiap sebab exam start pukul 9.00 pagi..macam biasa aku n dia buat selambe macam tak nampak..( pedulilah malas nak layan weekkkkkk) lepas tu balik exam terus pergi makan and tidur..baru je nak lelapkan mata cik more balik n aku pura2 tidur...bangun tidur aku terus ikut kawan aku pegi kedai gunting dan aku pula berjalan2 kat taman permainan Alor Gajah..( layan jiwa yg sedih n sunyi..)

n than aku rasa aku kena buat something n ketepikan segala ego yg bergayut kat otak dan diri aku ni..tapi cam na..? ahhh biar dia yg pujuk aku dulu..pedulilah..
lepas tu pergi kedai..sebab nas pesan panadol n tisu and masa nak bayar tu..aku ternampak aiskrim ( sedapnya n terus beli tapi kalau cik more mesti best sebab dia suka so aku pun beli dua batang ( betul je penjodoh bilangan aku ni..? corneto.. so... balik tu aku letak kat peti ais ( dalam bahasa Melayu) dengan harapan dia nampak ( sebab dia boleh bau aiskrim dari jauh... ) tapi tak..so aku masuk bilik dia dengan berbekalkan aiskrim corneto:

aku: cik more bangun lah Ima ada bawa aiskrim ni sedap..sejuk.nak?
cik more: tak nak lah ..sambil pura2 tutup muka dengan bantal busuk dia..

aku: bangunlah..( sambil menarik tangan dia macam main cak2 lak)

cik more: akhirnya bangun ....
aku: kenapa tak tegur ima sedih tau..marah ima lagi ke? cik more n aku: terus berpeluk , menangis n makan aiskrim sama2

tiba2 dengan orang ketawa rupa2 nye kawan2 aku menyaksikan dram air mata ( boleh menang anugerah skrin laH)..n semua orang post kat Facebook guna status KASIH DAH BERTAUT KEMBALI>>bahagianya ada2 kawan yang SEMANIS CORNETO..:)





1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete