Sunday, October 16, 2011

Aku nak senyum selalu :)


Boleh tak senyum..
senyum muka janganlah ketat sangat..
senyum, sejuk sikit hati orang tengok..
senyum, bukan susah pun..
senyum, boleh awet muda..
senyum, dengan ikhlas..

Nak senyumlah ni..
tengah cuba..
belajar senyum.
tapi ...bila aku senyum ?

Ish terperanjat tengok kau senyum..
sorang2 kenape?
asal kau senyum macam tak ikhlas je..


Ok..dah penah berdialog, aku ni memang susah nak senyum,
kalau senyum pun orang cakap macam tak senyum.( macam mana tu ?)
Aku suka kerutkan dahi ( ala2 banyak masalah mengalahkan PM)
Tapi..tak lah sepanjang masa, kawan2 yg rapat dengan aku,,
mereka tahu, aku tak sombong..tapi perlukan masa untuk
sesuaikan diri..tapi bila dah start bercakap and ketawa
memang tak berhentilah..
p/s : senyumlah kerana senyuman adalah sedekah :););)

Saturday, February 5, 2011

HIDUP UNTUK KERJA @ KERJA UNTUK HIDUP



HIDUP UNTUK KERJA KE?
KERJA UNTUK HIDUP?


Sejak kecil kita telah disuruh dan diasak untuk belajar bersungguh-sungguh sampai masuk Univresiti. Tapi korang pernah terfikir tak kenapa? adakah sebab ilmu ataupun mengejar kesenangan? Kita mungkin selalu mendengar dialog ini:

Belajar rajin2 nanti dah besar boleh dapat kerja baik2..

Tapi mungkin ada certain orang kaya akan berkata kepada anaknya:

Belajar bersungguh2 kalau boleh sambung ke Oversea..nanti dah habis belajar kerja dekat syarikat keluarga kita..

Ataupun sebuah keluarga yang mempunyai pemikiran kolot berkata kepada anaknya:

Kau berhenti je belajar tak payah belajar tinggi2..nanti dah kahwin duduk dekat dapur jugak.

Agaknya mana satu yang selalu ayah atau mak korang selalu pesan. Tapi sejak kebelakangan ni..aku sering bertanya siap post lagi dekat FB apa pendapat diorang. Ada yang turut keliru n ada juga yang kata kerja untuk hidup. So bagi pendapat aku memang hidup ni perlu kerja umtuk mencari sedikit kesenangan di dunia. Ya lah kalau tak ada duit macam mana nak beli makanan, baju, rumah sedangkan masuk tandas pun kena bayar 20 sen tau..



Tapi tak perlu lah nak habiskan masa seumur hidup hanya untuk bekerja tanpa ada masa untuk diri sendiri, sampai tak boleh lansung nak melawat mak ayah dekat kampung kan @ yang dah kahwin pula tak ada masa untuk anak dan isteri. Sekarang ni aku rasa hidup aku ni macam robort yang hidup untuk bekerja beberapa hari kebelakangan ni..mungkin sebab New Year so ramailah pelancong yang datang ke Afamosa ni sampai tak cukup tangan nak handle..praktikal lah katakan semua benda yang orang suruh aku buat tapi tak lah sampai tolong guest tukar lampin anak dia kan..(melampau pulak)..so korang fikirkan lah ye :D






















Thursday, January 27, 2011

MAHA MELIHAT


MAHA MELIHAT

Tuhan tu maha melihat setiap perkara yang umatnya lakukan.. Kebelakangan ni ayat ni yang selalu meniti di bibir. Sebab sekarang aku berhadapan dengan satu masalah yang berlaku tanpa aku sedari.

Sebelum tu..aku minta maaf kepada sesiapa yang terlibat secara lansung ataupun tak..sbb aku hanya ingin meluahkan perasaan n berkongsi cerita.
Actaully benda ni buat aku tension n sedih..kepercayaan yg diberikan oleh seseorang tak dapat aku jaga dengan baik kerana ada certain people yang sangat kejam n without thinking others people around them.

Aku mengadu kepada kawan2 n parent..mereka nasihatkan aku jangan takut kalau
kita tak buat salah n berani menegakkan kebenaran.

Allah itu maha melihat apa yang terjadi so sekarang aku hanya mampu berdoa dan bersabar menghadapi dugaan n cabaran sepanjang aku menjalani praktikal di sini.


Dan aku nak ingatkan kepada orang yang kejam tu agar berubah kearah kebaikan. Mungkin sekarang ni kau lepas tapi tidak pada masa depan sebab sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Dan jangan ingat selepas kau buat semua ni aku akan give up sebab aku bukan orang yang mudah berputus asa,
Aku tak nak cerita detail sbb nak menjaga hati orang lain...tapi amanah yang aku maksudkan adalah duit yang mampu buat orang gelap mata n sanggup tikam belakang orang lain.