Sunday, January 8, 2012

KEJAYAAN INI UNTUK MANUSIA BERGELAR MAK DAN ABAH

ABAH DAN MAK SAYA..


MY CONVOCATION

MY FRIENDS

ANUGERAH DEAN LIST

Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa selama tiga tahun aku menempuhi hidup sebagai pelajar diploma akhirnya aku telah berjaya menamatkan pengajian ku..berbagai dugaan dan cabaran, suka dan duka yang aku tempuh tak pernah mematahkan semangat aku. Mengimbas kali pertama aku melangkah kaki ke Universiti bersama-sama dengan Abah dan Emak buat, masa tu aku ingat lagi bila mereka bersusah payah menghantar aku dan akhirnya aku ditinggalkan mengharungi hidup yang tak tau bagaimana.. 

Masih aku ingat janji-janji yang sekarang ni masih aku pegang iaitu “Aku Akan Belajar Bersungguh-sungguh dan Tak Akan Pernah Terlibat Dengan Cinta Selagi Aku Tak Mendapat Segulung Ijazah”. Abah dan Mak tersenyum lebar…mungkin sebab janji kedua aku tu…haha tapi aku serious..:). Induction Week sangat memenatkan apa taknya!! selama seminggu aku terkejar-kejar ( tak sempat mandi), berjalan kaki (sampai lunyai kasut aku ), menangis nak balik sebab tak sanggup, haha tergelak bila ingat balik..berkecai musnah segala bayangan aku yang U ni sangat best ( Macam dalam TV and Novel yang selalu aku tengok dan baca). Tapi Abah cakap sabar…ye aku sabar sampai sekarang….Pada saat tu aku berazam satu hari nanti aku akan jadi salah seorang yang induct student baru, biar diorang rasa apa aku rasa ( hahaha sangat jahat niat aku, dan memang aku buat..tapi tak lah sekejam yang disangkakan..) 

Sangat sedih bila berjauhan dengan keluarga yang nun jauh di kampung buat aku jadi seorang yg tabah dan cekal, Bila cuti semester ada kawan2 family ambil balik family hantar..(untunglah di situ) tapi aku tak..aku naik bas balik kg sebab aku tak nak susahkan Abah ambil aku jauh2 sedangkan aku bole je naik bas..tipulah klau Abah tak pernah hantar tapi seriously Abah hanya hantar aku masa mula2 masuk dan ambik masa aku dah tamat belajar…dan selebihnya aku balik sendiri ( tersenyum bangga)..Ya mungkin sesetengah orang tak biasa tapi aku dah biasa hidup sederhana….:) 

Selama tiga tahun, banyak benda baru yang aku belajar, jumpa kawan2 yang banyak berkongsi suka dan duka dan tak kurang yang ada bila aku senang je…Ade beberapa benda yang aku rasa pencapaian yang sangat membanggakan dalam hidup aku antaranya dapat DL untuk 3 sem berturut-turut, Menjadi setiausaha kelab HATIC selama 1 tahun setengah ( bukan nak berbangga tapi inilah pencapaian yang sangat terindah untuk aku budak kampung yang empty mula-mula dulu..:( 

Sekarang ni aku masih teruskan perjuangan aku untuk mencapai segulung ijazah yang berada nun di atas..tak kan ku kalah dengan cacian,sindiran,jelingan untuk menjatuhkan aku..Sebab tak ade sesiapa yang bantu bila aku jatuh terduduk selain Abah dan Mak..dan kejayaan ni sebenarnya untuk ABAH DAN EMAK…Akak sayang sangat Abah dan Mak ( terima kasih..) 






No comments:

Post a Comment