Tuesday, August 14, 2012

Teknologi Jepun Bersihkan Sungai Melaka

Sungai melaka ataupun di kenali sebagai Melaka River Side memang terkenal sebagai pusat tarikan pelancong ke Melaka..tarikan yang utama dimana pelancong diberi peluang untuk menghayati kindahan Melaka iaitu Kampung Tradisional (Morten) dimana korang akan dapat melihat pelbagai bentuk rumah tradisional Melaka dan Muzium yang dijaga rapi juga tinggalan sejarah seperti kincir air dan kawasan sekitar yang bergemerlapan disimbahi cahaya lampu bewarna warni di waktu malam..sangat cantik. Korang boleh memilih untuk menaiki River Cruise ataupun monorail..tambangnya amat berpatutan dimana RM 10.00 untuk dewasa.

Bagi korang yang ingin merasai pengalaman ini, dinasihatkan untuk menaikinya pada waktu malam oleh kerana pemandangannya yang cantik dihiasa lampu bewarna warni..wokeh sebenarnya aku dengan river side ni memang tak dapat dipisahkan ye lah duduk kat Morten kan..bagi korang yang inginkan ketenangan macam aku, datanglah...aku memang selalu habiskan masa kat sini baca buku,  melepak sampai pagi huhu

Sebenarnya nak cerita yang Sungai Melaka ni akan dibersihkan dan ditingkatkan kualiti air nya dengan menggunakan teknologi Jepun iaitu Biologi Mikro Organisama Efektif (EM),dimana ia tidak melibatkan bahan kimia berbahaya tetapi menggunakan Bakteria dalam bentuk cecair bagi merawat kekotoran. Selepas ni bau yang kurang meneyenangkan Sungai Melaka ni akan hilang...so x payah nak risau balik nak cuci baju or sembur minyak wangi sebotol k..






Banyak tempat menarik kat Melaka ni sebenarnya..Apa kata singgah ke Pulau Besar ataupun Pulau yang dikatakan misteri,,dan rasa kan pengalaman disana (sangat menakjubkan) bak kata pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta..

Monday, August 13, 2012

LOVE IS PUNISHMENT..


I should not have looked at you
I should have lived in another world
If I lived without knowing you
I wouldn’t have known this pain
Even though everyday I erase you
Event though everyday I throw you away
My heart has already hidden you inside
And its not willing to let go
Calling that love…
I believed love was happiness
Love that cant be spoken is a punishment
My heart hurts every time I remembering you
I’m only scared that..
I might get angry and tell you everything
Should I love in my dreams?
As I cry and cry again and fall asleep in tears
Its always the same after I wake up
Without anyone knowing, at a place where you aren’t there, ill say I need you
For the fear that you may run after hearing it
I love you without anyone knowing it….

HIDUP AKU TANPA MUZIK..



Bak kata Allahyarham P, Ramlee Irama dan Lagu tak boleh dipisahkan..Cuba bayangkan lagu tanpa bantuan alat muzik paling sengkek pun gitar cabuklah..( ala2 Najwa Latif lah masa mula2 kita kenal dia dekat You Tube) tapi bukan fasal irama dan lagu yang aku nak share sebab aku pun tak lah ada ijazah sarjana muda vokal or muzik so tak boleh nak cerita lebih-lebih..

Hidup aku tanpa muzik?? Hidup aku akan jadi lebih membosankan dan sunyi…kalau kat rumah ni bila aku bosan memang bilik aku dah jadi pusat karaoke or disko..pasang speaker yang dah setahun aku beli pakai duit gaji pertama aku dan lepas tu aku dah tak tahu apa yang terjadi kat dunia luar bilik aku..Muzik juga boleh kurangkan stress aku dan medium aku lepaskan geram dan kesedihan ( biasalah remaja yang nak meningkat naik) macam-macam masalah dunia dan lain-lain ( ayat bila dah tak ada idea) tapi lagu yang aku pasang mengikut keadaan dan mood..bila aku stress n geram lagu2 evanescence dan yang sewaktu dengannya (mak aku panggil lagu orang gila yang terjerit- jerit tak tentu fasal), bila sedih mulalah lagu2 jiwang berkumandang ( lagu tangkap leleh) dan begitulah sebaliknya..lagu Korea is my favorites hehe..

Kadang2 bila tengok kat you tube, ramai pula remaja2 yang upload muzik video diorang ada yang memang sedap dan ada pulak yang macam syok sendiri, tapi takpe lah respect sebab diorang berani tonjolkan bakat diorang..kau ada!!! Haha Aku pun kadang2 ada jugaklah cita2 tapi terpaksa lupakan sebab suara aku tak lah sedap cukuplah kalau nyanyi kat karaoke jamban je..or record and dengar sendiri..peh kalah katak..Sabar je lah!!!

Tangan ni macam gatal nak upload lagu yang aku record..tapi memang tak lah!! P/S setiap orang ada bakat dan keistimewaan sendiri..aku dah jumpa, korang??



REALITI YANG PAHIT



Dari pagi Hand phone aku tak berhenti berbunyi, mesej masuk dan panggilan telefon kawan2 aku bertanyakan tentang keputusan peperiksaan akhir yang keluar hari tu ( 3 Ogos)  ada khabar baik dan juga yang tak berapa baik..terdengar rungutan tentang gpa yang jatuh menjunam dan tak kurang yang terperanjat gpa naik mendadak…Aku yang memang tak yakin dengan result aku still dengan jawapan yang aku tak tengok lagi..hati mula dihambat keresahan dan gementar..public speaking memang hancur, dalam hati hope tak repeat..waaa ramai jugak kawan2 aku yang dapat DL hebat..tumpang gembira…

Tengah hari tu memang tak bole bersabar nak tahu keputusan aku..menggigil sebab gementar nak sign in yahoo group..ok terpampang account aku, terus aku klik kat salam@uitm... Tanpa berlengah aku teliti setiap satu subjek waa mmg tlh djangkakan public speaking aku C..yg lain B+……A-….tgk atas gpa aku…ok macam tak percaya aku tak dapat dekan..3.44..dalam hati harap ni mimpi tapi ia realiti yang pahit..Terduduk aku kat situ dan air mata menitis tanpa amaran..sangat kecewa..GPA aku jatuh merundum..berkecai cita2 aku nak dapat ANC masa konvo nanti…

Masuk je rumah..Ibu Bapa aku merenung aku dan aku hanya mampu tersenyum..tapi Cuma seketika aku menangis dan mengaku yang aku tak bole terima dan sangat kecewa..kenapa aku tak dapat result yang cemerlang sedangkan aku besusah payah dan study bagai nak gila, tak adil!!! Aku turut mengadu kepada sahabat baik aku..mereka memberi peransang dan nasihat..rezeki masing masing tak sama (aku suka statement ni)..beristighfar aku semasa solat n berdoa agar aku dapat terima kenyataan ni..mungkin aku study hard tapi masih tak cukup kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang cemerlang..aku belajar bersyukur sebab aku masih ada masa lagi 2 semester..aku akan buktikan..Gagal sekali tak bermakna aku gagal selamanya..

Naik cuti sem ni kena tunaikan janji nak belanja sahabat baik aku go kart sebab dia dapat keputusan yang baik dari aku..rezeki kau kan..tunggu giliran aku..masih dalam proses menerima semua ni..kadang termenung kadang cuba tersenyum…P/s Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya..:)