Sungai melaka ataupun di kenali sebagai Melaka River Side memang terkenal sebagai pusat tarikan pelancong ke Melaka..tarikan yang utama dimana pelancong diberi peluang untuk menghayati kindahan Melaka iaitu Kampung Tradisional (Morten) dimana korang akan dapat melihat pelbagai bentuk rumah tradisional Melaka dan Muzium yang dijaga rapi juga tinggalan sejarah seperti kincir air dan kawasan sekitar yang bergemerlapan disimbahi cahaya lampu bewarna warni di waktu malam..sangat cantik. Korang boleh memilih untuk menaiki River Cruise ataupun monorail..tambangnya amat berpatutan dimana RM 10.00 untuk dewasa.
Bagi korang yang ingin merasai pengalaman ini, dinasihatkan untuk menaikinya pada waktu malam oleh kerana pemandangannya yang cantik dihiasa lampu bewarna warni..wokeh sebenarnya aku dengan river side ni memang tak dapat dipisahkan ye lah duduk kat Morten kan..bagi korang yang inginkan ketenangan macam aku, datanglah...aku memang selalu habiskan masa kat sini baca buku, melepak sampai pagi huhu
Sebenarnya nak cerita yang Sungai Melaka ni akan dibersihkan dan ditingkatkan kualiti air nya dengan menggunakan teknologi Jepun iaitu Biologi Mikro Organisama Efektif (EM),dimana ia tidak melibatkan bahan kimia berbahaya tetapi menggunakan Bakteria dalam bentuk cecair bagi merawat kekotoran. Selepas ni bau yang kurang meneyenangkan Sungai Melaka ni akan hilang...so x payah nak risau balik nak cuci baju or sembur minyak wangi sebotol k..
Banyak tempat menarik kat Melaka ni sebenarnya..Apa kata singgah ke Pulau Besar ataupun Pulau yang dikatakan misteri,,dan rasa kan pengalaman disana (sangat menakjubkan) bak kata pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta..